Monday, 10 March 2014

#prayforMH370

Semua menanti kepulangan mu

MH370
#prayforMH370

Kapten Zaharie
Saya mungkin tidak kenal tuan,
tetapi saya tahu, tuan sudah lakukan yang
terbaik
saya mungkin tidak tahu pandu pesawat
tetapi saya tetap tahu tuan akan lakukan
terbaik
saya mungkin sedih dengan hilangnya
MH370
tetapi saya tahu keluarga tuan lebih sedih
dari saya
kami sedih kehilangan MH370
tetapi saya tahu tuan, jiwa tuan lebih cedera
dari kami semua
MH370...
Selagi mereka belum temui rangka kamu
kami di seluruh dunia berharap kamu akan
kembali dengan selamat.
kalau ada orang jahat larikan kamu
Kami merayu, kembalikan MH370 ke
KLIA
atau terbangkan kamu ke Beijing
seluruh dunia menanti khabar kamu.
Saya harap kamu baik-baik sahaja
Kita mungkin tidak pernah bertemu wahai
MH370
tetapi hari ini semua orang mencari-cari
kamu
hari ini semua orang menanti kamu
hari ni dunia risaukan kamu
hari ini semua orang sebut kamu
Muncullah MH370
ada jiwa yang menanti anaknya
ada jiwa menanti suaminya
ada jiwa menanti kakaknya abangnya
adiknya
ada jiwa menanti isterinya
ada jiwa menanti ibunya
ada jiwa menanti ayahnya
ada jiwa menantikan anaknya
Jiwa kami dan jiwa mereka tidak sama
Kami sedih tetapi tidak akan ada yang lebih
sedih dari mereka
Mereka dan kami mungkin bukan sebangsa,
seagama
tetapi darah kami sama
merah pekat warnanya
Kasih sayang kami sama
Tuhan, dengan cinta dan rahmatMu
temuikan MH370 segera.
Kami sudah sedia
Kami sudah redha
Kami tahu Kau ada
Kau menentukan segalanya...
Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu
berkata-kata
sudi kiranya kamu diam sahaja
Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu
berkata-kata
sudi kiranya tadahkan tanganmu berdoa
Manusia aneh-aneh jiwanya
Kalau kamu tidak ada yang baik untuk
kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu tutup mata dan telinga.
Manusia aneh-aneh jiwanya
Walau siapa pun mereka, apa bangsa mereka
Kita tetapi mengalirkan darah yang sama
baik kalian diam dan bacalah cuma.
MH370 muncullah kamu segera
kami semua akan bersedia.

YA ALLAH KABULKAN LAH DOA KAMI INI. ENGKAU KEMBALI KAN MEREKA KEPANGKUAN KAMI. KAMI MOHON KEPADA MU.

AMIN.

Wednesday, 12 February 2014

Cara pemakaian tudung yang salah

Assalammualaikum . 

Oleh kerana terlalu bosan sebab hari ni tak pergi kerja sebab tak ada kerja nak buat kat ofic . Jadian syira scroll temlen facebook dan twitter dan instagram . haaa . 
itu lah yang selalu syira buat bila dah tak ada kerja . 

shhhhh ! jangan bagi tau bos . 
hihihi

So syira jumpa someone share pemakaian tudung yang salah . 

SOOOOO.....

18 Kesalahan Bertudung Yang SERIUS!

Kesalahan bertudung

  1. Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
  2. Bertudung tetapi dengan ‘T-Shirt’ berlengan pendek.
  3. Bertudung tetapi baju kurungnya terbelah kainnya.
  4. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
  5. Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan/atau hujung rambutnya.
  6. Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat atau sekolah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
  7. Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
  8. Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
  9. Bertudung tetapi menampakkan bahagian hadapan anak rambut.
  10. Bertudung tetapi tidak menutup kaki (memakai stokin). Kaki juga adalah aurat wanita.
  11. Bertudung tetapi tidak menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.
  12. Bertudung tetapi penuh dengan hiasan di kepala yang menarik orang lain untuk melihatnya.
  13. Bertudung tetapi menggunakan wangian berlebihan.
  14. Bertudung tapi memakai kasut bertumit tinggi yang menghasilkan bunyi apabila berjalan, jesteru menarik perhatian orang sekeliling.
  15. Bertudung itu hanya apabila memasuki kawasan masjid, menghadiri kenduri perkahwinan atau arwah.
  16. Bertudung hanya apabila hadirnya “lelaki yang bukan ahli keluarga”. Apabila bersama sepupu lelaki, tidak perlu bertudung, sedangkan apabila kita bersalaman dengan mereka pasti terbatal wudhu’ kita. Dengan itu, sepupu lelaki adalah bukan mahram dan wajib menutup aurat di hadapan mereka.
  17. Bertudung, tetapi menayangkan foto tidak bertudung di alam maya (e.g. Facebook).
  18. Bertudung tetapi memakai make-up yang berlebihan.
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”[Surah Al-Ahzab : 59]
"Aku perhati atau melihat dalam syurga , maka aku dapati kebanyakkan penghuninya terdiri daripada golongan orang-orang susah,dan aku melihat didalam neraka maka aku dapati kebanyakkan penghuninya ialah golongan WANITA." [ hadis Riwayat Bukhari ]

Tuesday, 11 February 2014