Monday, 29 April 2013

Jahat

Jahat ? adakah saya cukup jahat untuk awak sampai awak buat saya seperti tiang yang tinggi dan tidak bergerak bila di tolak angin .

awak rase menjadi tiang yang tinggi tapi tidak dihiraukan itu sangat kelakar ? bagus sangat peragai awak bila melakukan perkara seperti ini terhadap saya.
ia saya sangat 'SUKA' bila diperlakukan seperti ini . saya bukan jenis suka membalas terhadap orang yang telah melakukan terhadap saya.

saya bukan seorang yang boleh menilai sepenuhnya sikap seseorang itu sebaik mana mahupun sejahat mana. itu bukan saya yang akan menilai seseorang itu adalah Allah S.W.T .
 saya berserah kepadaNya balasan yang bakal awak hadapi nanti . bukan saya mendoakan awak dapat bala or perkara buruk berlaku tapi saya harap awak dapat setimpal dengan apa yang awak dah buat terhadap saya.

sebelum ini saya hanya biarkan ape yang awak telah awak lakukan or lukakan hati saya . saya tak kesah tapi itu semua ada tahapnya .

apa perkara yang saya rasa sekarang biar saya saja yang simpan.

notadihujungjari : 
saya seorang yang jahat dalam kata lain saya sangat kejam dalam berkata kata, so ada lagi yang sudi berkawan dengan saya ? silakan saya bukan seorang yang sombong  cuma kekadang bila sedang berkata kata saya sangat mengikut perasaan tanpa berfikir. so? anda yang tentukan . 
selamat beramal . LOL.

Manusia

assalammualaikum dan salam sejahtera semua.

setiap manusia mempunyai sifat yang tersendiri yang kadang-kadang manusia itu sendiri tidak dapat menilai dan mengerti akan diri mereka sendiri. jadi di sini syira ingin kongsikan sedikit mengenai keperibadian seseorang itu tergolong dalam golongan yang mana . dari sumber yang syira dapat ni sifat manusia terdapat empat(4) golongan iaitu pertama sangunis (si popular), ke dua melankolis (si sempurna), ke tiga koleris   (si kuat) dan yang terakhir sekali ialah phlegmatic (si damai).


si popular

keperibabadian yang menarik, punya sifat yang jenaka yang tinggi, suka menghidupkan suasana, emosional dan demostratif, periang dan penuh semangat, serta kaya rasa ingin tahu .

dalam pekerjaaan anda seorang yang kreatif, inovatif, sukarelawan, menjadui rujukana dan contoh semnagat orang lain untuk bekerja.

sebagai seorang teman anda seorang yang mudah bergaul, suka dipuji dan menyenangka, suka kegiatan spontan, merupakan figura seorang pemimpin sirkus.
 


si sempurna

berfalsafah dan berpuitis, serius dan tekun, mendalam dan seorang pemikir, menghargai keindahan, peka terhadap perasaan orang lain, idealis dan suka berkorban.

dalam pekerjaan, anda seorang yang tepati masa dan mementingkan kesempurnaan, tertib dan tersusun, perlu menyelesaikan apa yang dimulai.

sebagai seorang teman, anda seorang yang setia. sedia mendengar keluhan, hati-hati dalam berteman, sangat memerhatikan orang lain, terharu oleh air mata penuh belas kasihan. pencari teman yang ideal.




si kuat

berbakat sebagai pemimpin , dinamik dan aktif, berkemahuan kuat dan tegas, tidak emosional bertindak, tidak mudah paha semangat, memancarkan keyakinan, bebas dan berdikar.

dalam pekerjaan anda seorang yang melihat dari keseluruhan yang telah di gambarkan, tersusun dengan baik, bergerak cepat untuk bertindak, menekan pada hasil,berkembang kerana saingan.

orang seperti ini tidak terlalu memerlukan teman, mahu bekerja untuk kegiatan, mahu memimpin dan mengorganisasi, biasanya selalu benar, unggul dalam keadaan darurat.



si damai

seorang yang merendahkan sifat yang ada padanya, mudah bergaul dan santai, tenang, sabar, konsisten simpati dan baik hati. menyembunyikan emosi, bahagia menerima kehidupan.

dalam pekerjaan mempunyai kemampuan administratif , menjadi penengah masala, menghindari konflif, baik di bawah tekanan, menemukan cara mudah, mudah diajak bergaul, menyenangkan, pendengar yang baik, selerea jenaka yang mengigit, suka mengawasi orang, mempunyai banyak teman, punya belas kasihan dan perhatian.

sumber dari cicinta.com

syira cerita mengenai sifat manusia ini sebab ada masa kekadang tu syira sendiri tak dapat kenal ape sebenarnya yang syira ni nak ape dan kadang kadang syira ni terlalu inginkan benda yang tak mungkin syira dapat dan inginkan sedikit perhatian dari rakan-rakan . itu mungkin kerana syira tidak mempunyai tempat untuk mengadu selain dari pada ayah dan kakak. Teruk kan peragai seperti ini ?

maaf semua sebenarnya syira tak suka tekan button pada keyboard yang tertulis perkataan 'CAPSLOCK' . harap korang semua selesa membaca walaupun tiada huruf yang dibesarkan :)