Thursday, 16 May 2013

Selamat Hari Guru

Yeahh ! Tajuk kat atas tuh berkaitan dengan hari guru right ? 
so sebelum syira merepek syira nak ucapkan

"Selamat Hari Guru buat semua guru di seluruh dunia ! "

tapi hari ni dah 17 mei 2013
so lambat sikit wish pun tak pe . kan ? HAHA.

Banyak betul sambutan pada bulan mei ni kan ?
1 mei hari buruh,
12 mei hari ibu,
16 mei hari guru,
20 mei hari jadi angah . eh ? heehee ,
24 mei nanti hari wesak pulak .

Sempena hari guru ni syira nak cerita sikit pasal guru guru yang pernah mengajar kat sekolah mahupun kat politeknik . Sifat setiap guru yang pernah mengajar syira dahulu semua berbeza . Ada yang garang ada yang sporting dan ada yang kurang bercakap bergurau senda . garang dorang ada sebab nya .

Macam dulu masa kat sekolah ada seorang cikgu sains dan sampai sekarang syira sayang dan takut dengan beliau. Nak tau kenapa syira sayang tapi sebenarnya takut setiap kali dia bercakap dan pandang orang sebab dia nak kami takut dan belajar bebetul tak boleh memain . Setiap kali dalam ujian sains masa darjah 5 Melati syira akan cuba supaya sentiasa lulus means kena dapatkan A atau B sebab takut kalau dapat C dan kebawah akan di rotan oleh beliau . Bagus sebenarnya apa yang di lakukan itu sebab nak suruh pelajar dia berusaha. kan ? haha. 

Kalau masa dulu , means masa syira sekolah dulu lah kan setiap kali mengadu kena rotan sebab tak lulus ujian kat mak or ayah dorang akan rotan syira . haha . tapi zaman telah berubah setiap kali anak memasing kena rotan sikit kemain lagi ibu bapa serang cikgu tak pun terus saman cikgu. Tengoklah perubahan yang makin ketara sekarang ni. Dorang tak tau ke sebab ape pelajar itu dirotan ? main serang je tanpa bukti *bebel*

Syira nak cerita panjang lagi tapi mau leguh mulut korang baca nanti . HAHA. Tapi Allah lebih sayang kan dia . So mari lah sedekahkan Al-fatihah kepada Almalhummah Puan Rosniwati .

Syira pernah bersekolah di Tadika Kemas Batu Gajah , kalau sekolah rendah kat Sekolah Kebangsaan Batu Gajah , sekolah menengah kat Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abdul Rahman Yakub, dan sempat lah jugak menimba ilmu dan merantau jauh sikit lah dari Melaka dapatlah belajar kat Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor. Orang kata dekat je Melaka nak ke Selangor , nak merangkak pon boleh , tapi dorang tak tau betapa payahnya nak balik sendiri dari Selangor ke Melaka dan kembali ke Selangor semula .

Syira seorang pelajar yang nakal , degil , kekadang je rajin "means malas" . HAHA , selalu dibuli masa sekolah dan semakin gengster di sekolah.


Terima Kasih Guru
kerana telah mendidik anak murid mu ini
daripada nakal , mengade, degil , garang , kuat menangis , selalu melawan cakap orang lain,
kekadang je rajin "means malas" . HAHA , selalu dibuli masa sekolah dan semakin gengster di sekolah.
kepada yang dah pandai menilai mana yang buruk dan yang mana yang baik.
kihkihkih . ini semua poyo! haha.

Jasamu bukan akan sentiasa dikenang tapi jasamu sentiasa dikenang . In Syaa Allah . 
Kamulah ayah , kamulah ibu kepada kami untuk belajar erti penyesalan . eh ? bukan penyesalan  ... tapi erti .. okay syira lupa nak taip apa tadi . Bye semua . salam !