Tuesday, 25 March 2014

Pencarian MH370

Assalammualaikum. 

Setelah 17 hari operasi mencari MH370.
Malam tadi selepas pengumuman daripada Perdana Menteri Malaysia iaitu DS Najib Tun Razak
telah mengesahkan lokasi terakhir MH370 ialah di Lautan Hindi .

Percaya ataupun tidak tapi itu lah yang telah diwarwarkan oleh beliau dengan keadaan yang agak tenang. 
Bukan mudah nak umumkan berita soal nyawa. Apatah lagi melibatkan ratusan nyawa. 
Terima kasih DS
Beliau juga mengatakan bahawa akan ada satu lagi pengumuman penuh pada jam 5 .30 petang nanti. 

Bayangkan beban pada pemimpin-pemimpin kita untuk sampaikan berita pada DUNIA. 
Sangat berat! Terima kasih pemimpin dan pejuang

Syira memang dah rase tak sedap hati dari siang semalam. 
Akhirnya . Ini jawapan yang tidak patut syira dengar hari semalam.

Yang paling menyayat hati apabila seorang ibu tunggal menelefon pihak media massa untuk mengetahui apa yang diberitahu oleh PM kerana ibu tersebut tidak pandai berbahasa English. setelah mendengar keluhan dari ibu tersebut membuat syira rasa sangat sedih kerna syira juga pernah merasa kehilangan orang kita sayang . keluhan ibu membuatkan malam menjadi sayu. *pandang langit .

ini gambar lautan hindi,sedalam 7KM dan merupakan lautan paling sunyi dlm dunia.. Takziah buat keluarga

Jika sah mengenai pengumuman malam tadi . Syira sangat berharap agar mangsa yang terkorban dapat ditemui supaya keluarga mangsa dapat menatap wajah mereka buat kali terakhir dan semoga blackbox itu dijumpai dengan cepat supaya tiada lagi salah sangka mahupun spekulasi yang buruk yang boleh menyebabkan keluarga mangsa dalam dilema. 

Allah dah kata "kun faya Kun".
Maka jadilah ia
Percayalah pada Qada' dan Qadar.

Thank you for helping us find the , we are very appreciate the cooperation of all the neighbors who helped us.
MH370. 239 passengers.17 days. 405 hours.
Semoga tiada kesilapan pengumuman kerana ini melibatkan ratusan nyawa manusia dan melibatkan kesan seluruh dunia.

Yang paling jauh dengan kita ialah MASA
Yang paling dekat dengan kita ialah KEMATIAN.

Yang HIDUP pasti MATI.

Tolak tepi persoalan kenapa dan bagaimana. Marilah kita sama sama berdoa.
Al-Fatihah buat mangsa #MH370 .

p/s : pencarian masih diteruskan selagi tidak menjumpai mangsa yang terlibat dan KOTAK HITAM "blackbox"
-syira,2014-