Dah 2 Januari 2014 baru nak update blog .
Buzy banyak bulan lepas lepas dan lepas. HAHA
Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua yang sudi membaca blog kita yang biasa je ni .
*pandang kiri kanan*
Bilik dah gelap tapi mata ni tak boleh nak lelap lagi .
*tutup muka dengan bantal*
ok tipu .
Mohon jangan percaya .
Dari pagi awal tahun 1 Januari 2014 tadi pelbagai status di twitter dan facebook .
Yang paling kelakar bila dorang post magie kari then buat caption "memulakan sarapan pagi 1 januari 2014 dengan menelan magie kari " HAHA
Motif sangat buat caption macam tuh . haha
Sebenarnya bosan sebab tu merepek kejap kat blog ni . huhu
Nak Update kat temlen twitter macam dah malu malu kucing pulak sebab dah lama betul tak merepek kerepek rempeyek kat twitter . HAHA
Alhamdulillah . Hujung tahun 2013 , ada 2 3 rezeki datang dan di sambut dengan hati yang tenang .
Moga dapat kekal hingga akhir hayat . Amin.
dan kebanyakkan azam 2013 dah tercapai. AMIN.
Bagi permulaan 2014 , mesti pada setiap orang akan pasang hajat masing masing dan letak merata rata tempat supaya ingat selalu .
Jadi di sini syira nak menepekkan syira punya azam kat dalam blog ini untuk dikongsikan sikit .
Mohon jangan gelak.
1. Dekatkan lagi siri kepada ALLAH SWT.
2. Kurangkan perasaan marah dan cemburu mengkhinzir buta.
3. Tidak lagi melakukan perkara yang dilarang oleh ALLAH SWT.
4. Kurangkan berat badan.
5. Beli kereta.
6. Kurangkan shopping.
7. Lebihkan senyuman dan amalan didunia.
8. Kurangkan BOROS. Nak tambah saving.
9. Cari bakal suami dan kawin . HAHA
Sebenarnya azam yang ke 4 tu dah tahun ke 3 konon nya nak turunkan berat badan -.- tapi tak pernah tercapai untuk sampai ke berat badan yang adel. HAHA.
-syira , 2014-