Single ? yaaa syira single . tapi bukan syira sorang je yang single . ramai lagi yang single .
nak tau kenapa syira lebih senang single dari ber"couple" ?
sebab syira dah baca dari entry dalam blog yang syira jumpa .
"Single lebih baik dari couple yang belum berkahwin"
ini adalah dari beberapa keratan blog yang syira jumpa tapi lupa link blog tersebut .
ini yang syira nak kongsikan kat korang yang membaca
1. Allah Sedang Memelihara Kita
Percayalah. Itu caranya Allah ingin memelihara kita dari perkara-perkara yang tak sepatutnya bila bercouple. Jangan meminta dipercepatkan sesuatu keinginan, sebaliknya mintalah diberikan sesuatu yang baik untuk diri sendiri.
#Manusia belum tentu bahagia dengan apa yang disukainya. Tetapi sukalah apa yang Allah suka. Itulah jaminan bahagia berpanjangan.
2. Menjaga Maruah Diri
Boleh tak kalau saya katakan pasangan couple yang sering keluar berdua-duaan, pasangan akan lebih berani untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya? Ada kemungkinan yang sangat besar. Ruginya bila hak sepatutnya menjadi milik suami/isteri kelak di berikan kepada lelaki/perempuan yang belum tentu adalah jodoh.
#Bersabarlah dan bergembiralah buat yang masih single. Diri yang tak di sentuh itu akan menjadi hadiah yang paling berharga buat pasangan jodoh nanti.
3. Tidak Membuang Masa
Adakah berbaloi masa yang ada di gunakan untuk risau, rindu, cemburu, kasih, dan bermanja kepada pasangan couple? Lagi-lagi yang jenis bermanis mulut semata-mata. Jangan bazirkan masa untuk orang yang tidak pasti akan menjadi pasangan hidup kita.
4. Tiada Bebanan Perasaan/Emosi
Harap tiada siapa yang akan menafikan. Bila dua hati mula berkongsi, bererti dah mula tanggung masalah untuk dua orang. Namun adakah berbaloi merasa beban rindu, risau, ambil berat dan menjadi sensitif terhadap couple? Yang kita sendiri tak tau bagaimana title dia kesudahan nanti?
5. Yakin, Jodoh Itu Ada
Orang yang bercouple lama selalu merasakan itulah jodoh mereka sejak mereka berkenal. Mereka terikat ketat antara masing-masing sebelum terikat secara halal. Tak ramai pasangan yang couple lama boleh bertahan sehingga melangkah ke gerbang perkahwinan. Maka, buat yang masih single tak perlu bersedih sebab Jodoh akan hadir bila tiba masa yang sesuai. Seperti apa yang Allah rancangkan.
Syira dah jumpa sorang member dia tak bercinta lama dan dorang berkenalan atas dasar pilihan keluarga dan dah bertunang . Insya Allah mereka akan melangsungkan secepat mungkin .
6. Masa Untuk Lebih Mencintai Allah
Bergembiralah saat menjadi single. Kita mempunyai lebih banyak masa dan ruang untuk bercinta dengan Allah. Allah yang mengurniakan cinta kepada mana-mana pasangan di kalangan makhlukNya. Mohonlah cinta dari Allah. Semoga Allah kurniakan cinta dari kalangan yang mencintaiNya juga.
7. Peluang Perbaiki Diri/Kehidupan
Anda hanya single. Bukannya bersendiri. Masih ramai insan tersayang di sekitar. Cuba sayangi diri sendiri. Perbaiki diri seluruh aspek. Bila hati penuh dengan sayang dan cinta, barulah kita boleh mencintai insan yang lebih berhak kelak ;)
8. Masa Rapatkan Dengan Keluarga
Sebelum berkeluarga baru, ambillah masa ini untuk terus bersama ibu bapa dan adik-beradik terutamanya. Bila dah ada pasangan berkahwin kelak, belum tentu ada masa untuk bersama orang-orang yang telah membesarkan kita. Hargailah keluarga terutama ibu bapa selagi mereka masih ada. Jangan kelak tangisi tanda penyesalan mengabaikan mereka semasa hidup.
9. Bakal Hadiah Special
Siapa tak suka hadiah? Hadiah yang kita pinta pun buat kita tersenyum panjang bila dapat.
Apatah lagi bila dapat hadiah yang tak di sangka-sangka dan penuh kejutan. Berdoalah di kurniakan pasangan yang sebaiknya dan sesuai untuk diri kita.
#Allah lebih tau apa yang terbaik untuk kita. Percayalah pada ketentuan Pencipta kita adalah yang paling terbaik.
10. Dunia Terasa Lebih Luas
Mesti pernah dengar pasangan couple bila bercinta ibarat dunia ini mereka yang punya. Kehidupan hanya berkisar tentang mereka berdua. Sangat sempit dan sangat terbatas. Tetapi, di waktu single inilah baru kita dapat rasakan luasnya dunia. Luasnya nikmat Allah. Masih ramai lagi insan yang jauh lebih baik dari apa yang pernah kita jangkakan! ;)
#Berbaik sangkalah kepada Allah. Dia Maha Penyayang. Dia Sebaik-baik Pemberi Rezeki. Dia tidak pernah menzalimi atau menganiaya. Jangan berhenti berharap!
11. Tak Perlu Pening Fikir Keperluan/Kehendak Pasangan Tak Halal
Ya, loving couple akan saling mengambil berat antara satu sama lain. Kadang-kadang terpaksa berfikir siang dan malam untuk sama-sama menyelesaikan masalah. Kalau betul sama-sama berfikir itu boleh di terima lagi. Seandainya sebelah pihak sahaja yang berusaha lebih, bagaimana? Berbaloikah untuk kita lakukan demi pasangan tidak halal itu?
#Percepatkanlah urusan pernikahan, supaya kita tidak membuang masa untuk orang yang tak sepatutnya.
12. Belajar Bertanggungjawab Pada Diri
Sebelum betul-betul berdua, bertanggungjawab kepada diri sendiri adalah perlu. Bila mampu bertanggungjawab untuk diri sendiri, insyaAllah, kita akan mampu bertanggungjawab kepada pasangan kelak.
Kalau kita hendak memberi, kita terlebih dahulu perlu memiliki apa yang ingin kita beri- Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.
#Bergembiralah sementara belajar untuk bertanggungjawab. Semoga kelak kita lebih gembira kerana mampu bertanggungjawab ke atas pasangan nanti.
13. Apa Yang Ada Sekarang Lebih Bernilai
Di samping kita berusaha perbaiki diri dan berdoa di kurniakan pasangan hidup yang baik, hargailah setiap apa yang kita miliki saat ini. Masih belum miliki pasangan bukanlah syarat untuk kita bersedih.
Kerana perhatikanlah kehidupan yang ada ketika single sekarang. Berkemungkinan kita tidak akan memperolehinya lagi setelah mula berdua.
14. Perasaan Lega Bila Kita Menjaga Diri Kerana Amanah
Jangan bersedih seandainya masih single atau masih belum berpunya. Hadapinya dengan gembira kerana masih mampu menjaga diri seperti yang diperintahkan Allah.
Sabar itu kan terasa nikmatnya, apabila apa yang kita harapkan dari Allah itu termakbul.
Jadi, percayalah pada aturan Allah yang tiada tolok banding hebatnya dan terbaik untuk kita!
15. Bina Masa Depan Yang Lebih Meyakinkan
"Aku tak dapat hidup tanpa cintamu". Jadi adakah hanya semata-mata kerana nafsu cinta, manusia mampu hidup? Janganlah tertipu dengan percayakan ungkapan palsu dari pasangan tidak halal ini. Kata-kata itu hanya terungkap kerana desakan nafsu yang tidak sanggup hilang keseronokan bercinta. Adakah cinta kita semata-mata untuk berhibur dalam kehidupan yang terlalu singkat ini?
Fikirkanlah apa matlamat hubungan yang di bina. Perlengkapkanlah keperluan diri dan hidup ini sementara masih single. Tambahkan ilmu, kewangan, pengetahuan agama, dan seluruh aspek kehidupan ketika ini. Semoga kehidupan berdua kelak akan lebih terjamin, berbanding couple yang hanya tau mengungkap rasa cinta.
16. Sayang Diri Sendiri
Ada sebahagiannya begitu taksub terhadap pasangan cinta. Sehingga hati sendiri sering termakan hati kerana jauh berbeza dari tanggapan pertama sewaktu awal-awal bercouple. Teman-teman yang masih single, sesungguhnya terasa hati sebegitu lebih menyakitkan berbanding bila bersendiri.
Bila bercinta tidak halal, kita selalu dibutakan oleh suara-suara yang menutup hati dari melihat banyak keburukan yang ada. Jadi, bergembiralah ketika single kerana tidak perlu mendera hati kerana orang lain :)
17. Belajar Mendengar Hati Berbanding Nafsu
Ia adalah nafsu bila rasa terdesak inginkan sesuatu tanpa menghiraukan risiko apabila memilikinya kelak.
Dan itu adalah dari hati bila mengharapkan sesuatu tidak kira apa sahaja, asalkan terbaik untuk diri.
#Bagaimana untuk ketahui apa yang terbaik untuk diri? Berdoalah dan pohonlah dari Allah.
18. Bukan Mengikut Trend Bercouple
"Kami couple bukan serius pun. Biasa-biasa je. Ada jodoh, adalah. Kalau tak ada nak buat macam mana?" Ini ungkapan lepas tangan namanya. Mengambil kesempatan untuk berseronok dengan pasangan tidak halal. Dalam masa yang sama tiada matlamat yang baik untuk hubungan. Jadi, bukankah yang masih single perlu bergembira? Kerana tidak perlu terperangkap dalam cinta nafsu semata-mata. Sabarlah menanti doa di makbulkan Allah.
#Rajin-rajinkanlah berdoa. Hati akan menjadi lebih tenang dan redha. Kerana kita tau ada Tuhan Maha Kuasa, Maha Memelihara dan Maha Melindungi kita dari sebarang bentuk penipuan dan penganiayaan.
19. Couple Sebelum Kahwin - Cepat Basi
Antara keburukan couple sebelum kahwin:
pasangan akan lebih cepat merasa boring selepas berkahwin. Bertahun lamanya seronok bercinta, akhirnya tiada apa lagi yang hendak di rasakan seronok setelah bernikah. Bukankah itu basi?
#Ramai juga yang sudah mula berasa boring bercinta, biarpun masih belum bernikah. Sebab itu berlakunya kerap bertukar-tukar pasangan. Maukah kita dengan pasangan yang memperlakukan kita ibarat bertukar-tukar pakaian? Sebab itu pada yang single perlu gembira jika tidak bercouple. Sabarlah menanti jodoh yang sesuai untuk kita suatu masa nanti.
20. Special Edition Single
Gembiralah buat yang masih single. Kerana masih terjaga elok dari palitan cinta yang berkemungkinan hanyalah cinta palsu. Jagalah diri untuk mendapat yang pasangan yang special edition untuk kita- bakal suami/isteri. Kerana di situlah kita tahu bahawa kita juga adalah special edition~!
Berdoa + berusaha + bertawakkal lah kepada Allah. Bila Allah mengurniakan sesuatu kepada kita nanti, itulah yang terbaik. Percayalah kepadaNya.
Kendalikan apa sahaja sementara hidup di dunia ini, kerana keutamaannya demi tanggungjawab dan amanah.
Akhir kata bergembiralah dengan title single berbanding couple sebelum nikah.
semua diatas adalah untuk diri yang kerdil ini . jadi bersabar lah pasti ada yang lebih sesuai dengan diri ini .
Salam .
-syira , copypaste , 2013-