Tuesday, 9 July 2013

Persahabatan


PERSAHABATAN , kita mesti pernah bergaduh dengan kawan kawan yang rapat dengan kita tak kira masa belajar or kerja kan ? kalo bergaduh itu perkara biasa dalam setiap PERSAHABATAN tapi dalam setiap pergaduhan pasti ada hikmah kenapa kita perlu bergaduh dengan dia dan kita akan tau apa sebenarnya yang dia tidak suka cara kita , dan mungkin kita boleh mengubahnya ke arah yang lebih baik kan ? Alahhh dalam PERSAHABATAN mesti akan ada situasi macam ni . Serius tak tipu . Hihi.

Kejap baik , kejap bergaduh. Syira dah lali dengan jenis kategori sahabat ni . so you all , releks and be cool baby . hihi .

Banyak laman web yang syira tengok mengenai PERSAHABATAN . Syira ada lah jugak tengok and belajar cara cara menjadi seorang kawan yang baik . Sebab syira tau yang syira ni bukan lah baik mana pun tapi kalau kita belajar dari pengalaman orang lain tak salah kan ?

So kat sini ada sedikit yang boleh syira kongsi kan sebab ape korang boleh rase dingin je dengan kawan yang dulu dikatakan BFF , boleh tidur sekatil sebantal setilam serumah sekepala seeeee seeeee apa apa lah yang berkaitan kan . haaaahahaaa .


1. BATU API
Batu api : selalunya akan muncul untuk merosakkan perhubungan antara kita dengan rakan yang lain. Batu api ini muncul mungkin kerana kita terlalu melebih lebihkan rakan yang lain dan dia mungkin cemburu lah cerita dia . haaa . Batu api ini mesti akan muncul dalam setiap PERSAHABATAN mahupun dalam setiap PERHUBUNGAN . Faham ?  Hiihiii . Batu api juga memainkan peranan dalam merosakkan hubungan PERSAHABATAN yang baik. Dah ramai syira berkawan . Boleh dikatakan di semua tempat yang syira pernah pergi mesti akan ada si batu api ni . Memang susah nak elak . Dalam laman web yang syira tengok ada cara nak mengelakkan batu api ini muncul .

haaa caranya ialah
"kita kalau dah percayakan kawan yang kita sendiri dah kenal sejak 3 4 TAHUN yang lepas tapi kenapa kita perlu percayakan orang lain yang kita sendiri baru kenal 3 4 HARI?"

melainkan kalau "kita sendiri nampak dengan mata kepala kita sendiri dengan sikap sebenar kawan kita yang 3 4 TAHUN tu."


2. TIDAK SERASI
Perkara ni pon dah biasa berlaku . Mula mula kita rase dia ni sekepala dengan kita tapi bila dah cukup 5 6 bulan peragai sebenar dia muncul . haaa time ni memang kita geleng kepala tak pun ternganga jelah tengok dengan peragai dia tu. HAHA . Kalau kita rasa dah tak serasi dengan peragai dia please JANGAN JADI HIPOKRIT ! BOLEH ? haaa . *cakap depan cermin* . Dan kalau kita cuba untuk sekepala tapi tak menjadi jugak baik kita get JAUH dari dia . HAHA . *ayat terabur* . Mungkin itu lebih baik dari pada kita rapat dengan orang yang macam tuh . nak tau kenapa ? tak kan lah kita sibuk nak sekepala dengan dia tapi dia sendiri tak nak sekepala dengan kita kan ? so baik jangan terlalu rapat . okay ?
Nanti bergaduh pulak . tak memasal je. Itu cari nahas namanya .

3. CEMBURU
Cemburu yang dimaksudkan adalah cemburu yang tidak membina dan akan mendatangkan keburukan. Biasanya cemburu akan muncul  bile kita tengok kawan kita lebih daripada kita tak kire la die lebih cantik atau hensome atau kaya atau pandai dan sebagainya. Memang betul sifat cemburu memang payah untuk dibuang, tetapi boleh dikawal dan dikurangkan. Ketahuilah bahawa kawan kita juga ada kekurangannya sendiri dan kita pun ade kelebihan yang kawan kita takde.


4. LEBIH MASA DENGAN ORANG LAIN
Maksudnya, kita terlalu melebihkan masa dengan pakwe / makwe kita sampai lupa dengan kawan kawan kita disekeliling .Kita lebih sibuk berjalan kemana mana dengan couple kita. Tapi bila ada masalah baru lah kita terhengeh hengeh cari kawan yang kita abaikan tu. Tak elok lah peragai macam tu. Kita sepatutnya seimbangkan hubungan kita pakwe / makwe dengan kawan kawan yang lain . Supaya tak ada sapa yang terasa or makan hati dengan tingkah laku kita .


5. PERSAINGAN
Yang ini adik beradik dengan CEMBURU tapi dalam kategori ni kita nak berkawan dengan orang yang serataf dengan kita saja, tak nak kawan dengan orang yang lebih dari kita . kalau dapat kawan yang kaya kita pun sibuk nak kaya . kalau dapat kawan yang cantik kita pun sibuk nak cantik tapi nak bergaya tak reti .Lepas tuh  PERSAHABATAN  kita dengan kawan kita tergadai macam habuk kena tiup dengan angin sepoi sepoi bahasa lah katanya . HAHA . Kalau boleh sebelah pihak perlu lah mengalah jangan lah asyik nak bersaing je .

Please JANGAN JADI HIPOKRIT ! BOLEH ? haaa . *cakap depan cermin sampai mata juling* .

Perkara  yang ini pon biasa ada dalam setiap PERSAHABATAN . Tapi kalau kita ni dah bebetul matang tak perlulah nak bersaing dengan orang lain tapi kita bersainglah dengan diri sendiri.


6. TAK JAGA HATI
Kadang-kadang kita ni suke hati je nak cakap lepas sampai tak pandai nak jaga hati kawan. Kalau kita nak orang jaga hati kita, So kita pun kene lah jaga hati org dulu. FAHAM ?

*cakap depan cermin*

kepada rakan rakan yang sedang berdingin dengan rakan yang lain harap engkorang berbaik lah semula . Sebab syira rindukan suasana yang riang girang kita masa dulu . suasana yang kita boleh lepak bersama , makan semeja dan macam macam lagi kenangan kita bersama . *nangis teresak esak* 
permintaan syira 1 je . berbaik lah . jangan terlalu mementingkan ego masing masing . 
bubye.

Monday, 3 June 2013

TAHNIAH ! ALONG !

Selamat Pengantin Baru buat dua sepupu ku tersayang iaitu along Bahtiar dan along Izzat . 
Semoga Kekal Hingga Akhir Hayat ! AMIN !

(01/06/2013)
along bahtiar ni anak buah ayah.
dah macam muka ayah da dia ni . haha .
umur dia dah 38 tahun dah baru sekarang dapat jodoh .
Along Bahtiar ni sebenarnya dulu tak nak kawin .
ayat dia sampai sekarang syira  jaja ingat .
"ahh nak buat ape kawin , wat habis beras jek"
tapi akhirnya Allah telah membuka hati dia untuk memilih along azura sebagai teman sehidup semati :)




(02/06/2013)
Along Izzat ! sepupu sebelah mak. dia dan keluarga yang paling dekat dan rapat dengan kami.
dia adalah teman bermain pondok pondok masa kecil ,
dia lah teman bermain bola sepak , polis and three , teman panjat pokok , masuk sungai , main guli , main dam , main saidina , main batu seremban , main congkak , main kejar kejar , main nyorok nyorok , teman main masak masak guna "api" , teman main lastik burung , teman masuk perigi tangkap ikan , teman cari cacing , teman memancing , banyak lah permainan yang kami main. sampai arwah mak pernah cakap tak penat ke main jek . bhahaa
dan akhirnya dia kawin dulu sebelum jaja n along . haha sebab dia baru 23 tahun lah . nama along yang baru ni ialah siti . huhu.

me , jaja and ayah menumpang gembira :)
tahniah untuk mereka . hee

pic ni nak tunjuk ayah sentiasa senyum dan hati dia sentiasa tuff selepas kehilangan isteri dia tercinta .
hanya Allah saja yang tahu bagai mana perasaan dia . sebab ayah pon sentiasa pendam je perasaan.

ini bukan pic i bertunang okay . ini pic i saja tunjuk sebab first try pakai selendang half moon . hihihiii
ye lah orang kata . bukan syira yang kata .
"jodoh kita Allah saja yang tahu siapa bakal menjadi pasangan kita seumur hidup"

Friday, 31 May 2013

Talam dua muka

Talam dua muka? ye semua orang tau maksud talam itu apa . yang tak tau meh syira terangkan maksud talam dua muka yang berasal dari peribahasa yang bermaksud orang yang suka bermuka dua atau bermuka muka atau yang paling mudah ianya bermaksud munafik .

Kalau korang tengok gambar kat atas ni pon korang dah boleh tau maksud sebenar talam dua muka kan ?

Haa . so syira nak sampaikan kat korang yang korang perlu berhati hati dengan orang di sekeliling kita ni sebanarnya ramai yang talam dua muka. Bukan saja kawan kawan yang disekeliling kita tapi kekadang pasangan kita sendiri sebenarnya talam dua muka .


lagu khas untuk orang yag talam dua muka :

kau merantaiku sehingga kaku
terikut gaya gelunjukmu
tersimpul mati langkahmu kini
dalam mencari harga diri

hey jangan pura-pura
talam dua muka
ke kiri ke kanan engkau sapu
keringatku kau hirupkan
sehingga aku kekeringan


kau menikam dari belakang
berpura kawan rupanya lawan
mengaut untung tak kira siapa
walaupun bisa menyeksakan

keperitan bersengkang mata
engkau rasa tindas menindas
perkara biasa hingga ku leka
dan jadi mangsa
sampai bila

- XPDC -
What should you do?

Memang perkara biasa kalau ada kawan-kawan yang talam dua muka. Tapi walau apa pun yang dilakukan, you all janganlah cepat melatah. Fahami situasi dan ambil tindakan sewajarnya. 

Actually, korang dah tau dia macam tu kan , so korang buat satu ujian dengan mereka satu cerita yang tidak sahih dan cerita kan perkara itu pada dia seorang saja dan korang akan nampak sejauh mana  keikhlasan dia. Then akan terbukti sama ada dia ni sebenarnya talam dua muka ataupun tidak .

Berhati hati lah dengan si talam dua muka.

Jadi berhati hati lah dengan orang seperti ini , syira pernah jumpa orang macam ni. Bila dah tau dia macam ni orang ye so pandang dia dengan senyuman saja < ini juga dikatakan talam dua muka ke ? haaa korang fikir lah sendiri ye . ini hanya lah pendapat dari seorang manusia yang mula bersabar dengan keadaan sekeliling dan hadapinya dengan senyuman.  


AWAS ! ada yang memerhati dan mendengar setiap perbualan kita *pandang langit*