Monday, 3 June 2013

TAHNIAH ! ALONG !

Selamat Pengantin Baru buat dua sepupu ku tersayang iaitu along Bahtiar dan along Izzat . 
Semoga Kekal Hingga Akhir Hayat ! AMIN !

(01/06/2013)
along bahtiar ni anak buah ayah.
dah macam muka ayah da dia ni . haha .
umur dia dah 38 tahun dah baru sekarang dapat jodoh .
Along Bahtiar ni sebenarnya dulu tak nak kawin .
ayat dia sampai sekarang syira  jaja ingat .
"ahh nak buat ape kawin , wat habis beras jek"
tapi akhirnya Allah telah membuka hati dia untuk memilih along azura sebagai teman sehidup semati :)




(02/06/2013)
Along Izzat ! sepupu sebelah mak. dia dan keluarga yang paling dekat dan rapat dengan kami.
dia adalah teman bermain pondok pondok masa kecil ,
dia lah teman bermain bola sepak , polis and three , teman panjat pokok , masuk sungai , main guli , main dam , main saidina , main batu seremban , main congkak , main kejar kejar , main nyorok nyorok , teman main masak masak guna "api" , teman main lastik burung , teman masuk perigi tangkap ikan , teman cari cacing , teman memancing , banyak lah permainan yang kami main. sampai arwah mak pernah cakap tak penat ke main jek . bhahaa
dan akhirnya dia kawin dulu sebelum jaja n along . haha sebab dia baru 23 tahun lah . nama along yang baru ni ialah siti . huhu.

me , jaja and ayah menumpang gembira :)
tahniah untuk mereka . hee

pic ni nak tunjuk ayah sentiasa senyum dan hati dia sentiasa tuff selepas kehilangan isteri dia tercinta .
hanya Allah saja yang tahu bagai mana perasaan dia . sebab ayah pon sentiasa pendam je perasaan.

ini bukan pic i bertunang okay . ini pic i saja tunjuk sebab first try pakai selendang half moon . hihihiii
ye lah orang kata . bukan syira yang kata .
"jodoh kita Allah saja yang tahu siapa bakal menjadi pasangan kita seumur hidup"

Friday, 31 May 2013

Talam dua muka

Talam dua muka? ye semua orang tau maksud talam itu apa . yang tak tau meh syira terangkan maksud talam dua muka yang berasal dari peribahasa yang bermaksud orang yang suka bermuka dua atau bermuka muka atau yang paling mudah ianya bermaksud munafik .

Kalau korang tengok gambar kat atas ni pon korang dah boleh tau maksud sebenar talam dua muka kan ?

Haa . so syira nak sampaikan kat korang yang korang perlu berhati hati dengan orang di sekeliling kita ni sebanarnya ramai yang talam dua muka. Bukan saja kawan kawan yang disekeliling kita tapi kekadang pasangan kita sendiri sebenarnya talam dua muka .


lagu khas untuk orang yag talam dua muka :

kau merantaiku sehingga kaku
terikut gaya gelunjukmu
tersimpul mati langkahmu kini
dalam mencari harga diri

hey jangan pura-pura
talam dua muka
ke kiri ke kanan engkau sapu
keringatku kau hirupkan
sehingga aku kekeringan


kau menikam dari belakang
berpura kawan rupanya lawan
mengaut untung tak kira siapa
walaupun bisa menyeksakan

keperitan bersengkang mata
engkau rasa tindas menindas
perkara biasa hingga ku leka
dan jadi mangsa
sampai bila

- XPDC -
What should you do?

Memang perkara biasa kalau ada kawan-kawan yang talam dua muka. Tapi walau apa pun yang dilakukan, you all janganlah cepat melatah. Fahami situasi dan ambil tindakan sewajarnya. 

Actually, korang dah tau dia macam tu kan , so korang buat satu ujian dengan mereka satu cerita yang tidak sahih dan cerita kan perkara itu pada dia seorang saja dan korang akan nampak sejauh mana  keikhlasan dia. Then akan terbukti sama ada dia ni sebenarnya talam dua muka ataupun tidak .

Berhati hati lah dengan si talam dua muka.

Jadi berhati hati lah dengan orang seperti ini , syira pernah jumpa orang macam ni. Bila dah tau dia macam ni orang ye so pandang dia dengan senyuman saja < ini juga dikatakan talam dua muka ke ? haaa korang fikir lah sendiri ye . ini hanya lah pendapat dari seorang manusia yang mula bersabar dengan keadaan sekeliling dan hadapinya dengan senyuman.  


AWAS ! ada yang memerhati dan mendengar setiap perbualan kita *pandang langit*


Wednesday, 29 May 2013

Berjaya !


Berjaya ? yeah ! syira berjaya di pilih sebagai pekerja baru di sebuah syarikat di Cheras . Interview yang terbaru tu. yang pergi dengan jaja pada bufday dia tuh .  orang kata rezeki dia mana mana . yeah ! memang rezeki di mana mana . kalau kita tak berusaha mana nak datang bergolek rezeki tu dengan sendiri kan ?

so hari ni syira buktikan rezeki tu memang berada dimana mana saja . Amin . Alhamdulillah . Aku bersyukur dengan rezeki yang kau turunkan terhadap diri ku Ya Allah . Amin :)


Jadi pada 22Mei2013 syira dah start kerja membantu bos yang sangat baik hati dengan syira . di karnival belia2013, putrajaya :)

Bersama sama mempromosikan filem terbaru yang akan datang di pawagam .

so ini lah teman baru dan artis yang menjayakan filem terbaru yang berjudul #TYICKOOUNS