Wednesday, 11 September 2013

Kecoh !

Assalammualaikum .
Hey . saudara saudari . nak cerita sikit pasal baru baru ni , pada 3 september tak silaplah . perdana menteri malaysia kita sekarang telah mengistiharkan pasal harga minyak naik lagi sebanyak 20 sen . Tahun ini saja dah kali yang ke 3 beliau isytiharkan harga minyak ini .

Ramai yang tak berpuas hati dengan harga minyak naik terlalu tinggi dan ramai yang update twitter facebook mengeluarkan kata kata yang tak sepatutnya di wall masing masing , kita sepatutnya terima saja , tidak sepatutnya mengeluarkan kata kata seperti itu.

Ia syira tahu apa maksud korang mengeluarkan kata kata seperti itu . Syira sendiri pon sebenarnya tidak berpuas hati dengan harga minyak sekarang ini . Bila harga minyak semua barang keperluan rakyat akan meningkat . Hmm :/


Apa yang penting sekarang ini , kita perlu sedar dan faham bahawa kerajaan telah mengambil keputusan untuk merasionalkan subsidi , agar jumlah hutang negara tidak semakin menggunung. Maka , ini adalah serpihan kesan yang kita perlu terima secara suka rela atau tidak , demi memastikan di masa akan datang anak cucu cicit kita tidak lebih menderita. Sekian .


Wednesday, 31 July 2013

Syukur .

Syukur Alhamdulillah :)

Demam semalam dah hilang . Nasib ada pakcik tolong picitkan kepala dan bagi makan ubat .
Syira ni kalau demam memang kena ada orang kat sebelah and tolong picitkan kepala . Sebenarnya syira paling manja dengan pakcik . lagi lagi lepas arwah mak tak ada lagi rapat dengan dia. hmm :/

Semalam dapat jugak puasa penuh, walaupun sebenarnya dah tak larat tapi kuatkan juga lah sebab lagi 1 jam je nak berbuka so lepas je berbuka tu terus makan nasi sikit minum 3 4 cawan air teh suam dan makan ubat. Letak kain basah atas kepala dan Alhamdulillah demam cepat hilang.

Dah dekat tengah malam tu lah baru balik semula rumah yang syira duduk sekarang ni . huhu.

Dulu kalau syira demam arwah mak yang paling risau sebab kalau dah demam badan ni cepat kejang dan kekadang boleh pengsan sampai masuk hospital, and arwah lah yang selalu berada disamping syira sampai tak dia kata dia tidur ayam sebab takut syira pengsan. hmmm :/

Tapi sekarang arwah dah tak ada so syira pon dah besar dah tau cara cara nak hilang kan demam ni sendiri .
Terima kasih MAK. MISS YOU SO MUCH ! AL - FATIHAH.

Alhamdulillah hari ni dapat berpuasa seperti biasa . Amin
Budak mengade memang macam ni . Kbai

- syira , 2013-



Tuesday, 30 July 2013

Dugaan bulan puasa

Hari ni betul betul mengalami dugaan berpuasa, sebab bangun je pagi tadi sedar sedar dah pukul 8.34 a m . blerghhhh ~ terlajak lah gamaknya . tak bersahur lagi, bangun pun sebab ada staff dia call nak soh ambik kereta kat KLIA . -.- Mana tak nya terlajak sebab malam tadi TERpakse tidur kul 2 atas sebab sebab TERtentu . Hmmm :/

Balik je dari KLIA , perut ni kemain memulas hoiiiii . cirit pulak pepagi niiii . hmm :/ 

Bila dah petang macam ni cirit dah hilang tapi demam pulak yang muncul . nak bercakap pun rase berat je mulut ni sampai Jaja pon tak paham apa syira cakap kat dia .  Hari ni berbuka dengan Jaja , makcik dan sepupu kat rumah dorang. Nasib baik jaja nak jemput kat rumah kalau tak memang tak pergi lah rumah makcik sedara. Nak cakap tak larat tapi jari ni masih mampu lagi nak menaip . HAHA . Badan pon letih ni , kang tak larat gak nak soh jaja bawak p klinik .. h

Harap dapat bertahan sampai waktu berbuka jup lagi . :/

- syira , 2013 -