Saturday, 5 April 2014

Budak baru berumur 23

Assalammualaikum

Hai semua.
Merujuk perkara di atas.
Budak yang konon "budak"
yang nak menaip pasal budak berumur 23 tahun lah konon nya lah.

Ahh. Abaikan tadi kononnya nak merepek tapi tak jadi nak merepek. Hahaha

Rabu , 2 / 4 / 2014
That's my date birthday.

Im so happy but something bad new happen on that day.

Cehhh speaking ! Haha

Konon hari tu nak keluar tapi terpakse tunda sebab budak yang nak konon nak sambut bufday kena ruah pergi pahang . Kerja
*nangis

So msg kat jaja nak ajak keluar lah kan tapi jaja kerja gakk

Jadi tak ada sapa nak sambut bufday kita lagi ni..

Hari ni pin patutnya sambut bufday sendiri dengan membe tapi diri sendiri kena pergi PD
*nangis lagi

Jadi bila lah agaknya budak yang baru umur 23 tahun ni nak sambut bufday .
*pandang langit

Sunday, 30 March 2014

Selamat tinggal

Kalau aku pergi
Kau tidak bersendiri.
Aku tinggalkan kau memori.
Sebagai peneman diri
Dan saki baki.
Selamat tinggal.

Jiwa

"Sakit?" soal dia.
Aku senyum.

"Kecewa?" soal dia lagi
Aku senyum lagi.

"Kenapa kau senyum?"

"Aku terima segala-galanya."
Aku redha.

Tuesday, 25 March 2014

Pencarian MH370

Assalammualaikum. 

Setelah 17 hari operasi mencari MH370.
Malam tadi selepas pengumuman daripada Perdana Menteri Malaysia iaitu DS Najib Tun Razak
telah mengesahkan lokasi terakhir MH370 ialah di Lautan Hindi .

Percaya ataupun tidak tapi itu lah yang telah diwarwarkan oleh beliau dengan keadaan yang agak tenang. 
Bukan mudah nak umumkan berita soal nyawa. Apatah lagi melibatkan ratusan nyawa. 
Terima kasih DS
Beliau juga mengatakan bahawa akan ada satu lagi pengumuman penuh pada jam 5 .30 petang nanti. 

Bayangkan beban pada pemimpin-pemimpin kita untuk sampaikan berita pada DUNIA. 
Sangat berat! Terima kasih pemimpin dan pejuang

Syira memang dah rase tak sedap hati dari siang semalam. 
Akhirnya . Ini jawapan yang tidak patut syira dengar hari semalam.

Yang paling menyayat hati apabila seorang ibu tunggal menelefon pihak media massa untuk mengetahui apa yang diberitahu oleh PM kerana ibu tersebut tidak pandai berbahasa English. setelah mendengar keluhan dari ibu tersebut membuat syira rasa sangat sedih kerna syira juga pernah merasa kehilangan orang kita sayang . keluhan ibu membuatkan malam menjadi sayu. *pandang langit .

ini gambar lautan hindi,sedalam 7KM dan merupakan lautan paling sunyi dlm dunia.. Takziah buat keluarga

Jika sah mengenai pengumuman malam tadi . Syira sangat berharap agar mangsa yang terkorban dapat ditemui supaya keluarga mangsa dapat menatap wajah mereka buat kali terakhir dan semoga blackbox itu dijumpai dengan cepat supaya tiada lagi salah sangka mahupun spekulasi yang buruk yang boleh menyebabkan keluarga mangsa dalam dilema. 

Allah dah kata "kun faya Kun".
Maka jadilah ia
Percayalah pada Qada' dan Qadar.

Thank you for helping us find the , we are very appreciate the cooperation of all the neighbors who helped us.
MH370. 239 passengers.17 days. 405 hours.
Semoga tiada kesilapan pengumuman kerana ini melibatkan ratusan nyawa manusia dan melibatkan kesan seluruh dunia.

Yang paling jauh dengan kita ialah MASA
Yang paling dekat dengan kita ialah KEMATIAN.

Yang HIDUP pasti MATI.

Tolak tepi persoalan kenapa dan bagaimana. Marilah kita sama sama berdoa.
Al-Fatihah buat mangsa #MH370 .

p/s : pencarian masih diteruskan selagi tidak menjumpai mangsa yang terlibat dan KOTAK HITAM "blackbox"
-syira,2014-

Thursday, 20 March 2014

Tenang

Hai.
Mata ini terkaku keras untuk tidak tidur.
Memandang awan tenang.
Membayangkan jika diri ini jika tiada adakah mampu sampai di sana.
Memandang awan yang tenang.
Memikirkan apa yang akan berlaku kelak ku tiada lagi disini.
Memandang awan yang tenang.
Mencari arah tuju yang patut aku tuju.
Memandang awan yang tenang.
Nafas di tarik sedalam dalamnya untuk menghirup udara yang bersih.
Alhamdulilah.
Aku masih diberi peluang untuk hidup.
Alhamdulillah.
Aku masih diberi peluang untuk mengubah diri yang masih lagi tidak sempurna .
Alhamdulillah.
Syukur alhamdulillah.
Amin.

Sunday, 16 March 2014

Hidup dan pasti mati

Ditinggalkan, kehilangan
Sebahagian hidup kita
Tak usahlah kau tangisi takdir
Tak ada yang abadi di dunia ini
Semua pastikan kembali

Hidup ini sudah tertulis
Tenangkan jiwamu dan hatimu

Ikhlaskanlah, relakanlah
Semua yang ada pasti kan pergi
Ikhlaskanlah, relakanlah
Semua yang hidup pasti kan mati

-copy paste-

Monday, 10 March 2014

#prayforMH370

Semua menanti kepulangan mu

MH370
#prayforMH370

Kapten Zaharie
Saya mungkin tidak kenal tuan,
tetapi saya tahu, tuan sudah lakukan yang
terbaik
saya mungkin tidak tahu pandu pesawat
tetapi saya tetap tahu tuan akan lakukan
terbaik
saya mungkin sedih dengan hilangnya
MH370
tetapi saya tahu keluarga tuan lebih sedih
dari saya
kami sedih kehilangan MH370
tetapi saya tahu tuan, jiwa tuan lebih cedera
dari kami semua
MH370...
Selagi mereka belum temui rangka kamu
kami di seluruh dunia berharap kamu akan
kembali dengan selamat.
kalau ada orang jahat larikan kamu
Kami merayu, kembalikan MH370 ke
KLIA
atau terbangkan kamu ke Beijing
seluruh dunia menanti khabar kamu.
Saya harap kamu baik-baik sahaja
Kita mungkin tidak pernah bertemu wahai
MH370
tetapi hari ini semua orang mencari-cari
kamu
hari ini semua orang menanti kamu
hari ni dunia risaukan kamu
hari ini semua orang sebut kamu
Muncullah MH370
ada jiwa yang menanti anaknya
ada jiwa menanti suaminya
ada jiwa menanti kakaknya abangnya
adiknya
ada jiwa menanti isterinya
ada jiwa menanti ibunya
ada jiwa menanti ayahnya
ada jiwa menantikan anaknya
Jiwa kami dan jiwa mereka tidak sama
Kami sedih tetapi tidak akan ada yang lebih
sedih dari mereka
Mereka dan kami mungkin bukan sebangsa,
seagama
tetapi darah kami sama
merah pekat warnanya
Kasih sayang kami sama
Tuhan, dengan cinta dan rahmatMu
temuikan MH370 segera.
Kami sudah sedia
Kami sudah redha
Kami tahu Kau ada
Kau menentukan segalanya...
Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu
berkata-kata
sudi kiranya kamu diam sahaja
Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu
berkata-kata
sudi kiranya tadahkan tanganmu berdoa
Manusia aneh-aneh jiwanya
Kalau kamu tidak ada yang baik untuk
kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu tutup mata dan telinga.
Manusia aneh-aneh jiwanya
Walau siapa pun mereka, apa bangsa mereka
Kita tetapi mengalirkan darah yang sama
baik kalian diam dan bacalah cuma.
MH370 muncullah kamu segera
kami semua akan bersedia.

YA ALLAH KABULKAN LAH DOA KAMI INI. ENGKAU KEMBALI KAN MEREKA KEPANGKUAN KAMI. KAMI MOHON KEPADA MU.

AMIN.

Wednesday, 12 February 2014

Cara pemakaian tudung yang salah

Assalammualaikum . 

Oleh kerana terlalu bosan sebab hari ni tak pergi kerja sebab tak ada kerja nak buat kat ofic . Jadian syira scroll temlen facebook dan twitter dan instagram . haaa . 
itu lah yang selalu syira buat bila dah tak ada kerja . 

shhhhh ! jangan bagi tau bos . 
hihihi

So syira jumpa someone share pemakaian tudung yang salah . 

SOOOOO.....

18 Kesalahan Bertudung Yang SERIUS!

Kesalahan bertudung

  1. Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
  2. Bertudung tetapi dengan ‘T-Shirt’ berlengan pendek.
  3. Bertudung tetapi baju kurungnya terbelah kainnya.
  4. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
  5. Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan/atau hujung rambutnya.
  6. Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat atau sekolah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
  7. Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
  8. Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
  9. Bertudung tetapi menampakkan bahagian hadapan anak rambut.
  10. Bertudung tetapi tidak menutup kaki (memakai stokin). Kaki juga adalah aurat wanita.
  11. Bertudung tetapi tidak menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.
  12. Bertudung tetapi penuh dengan hiasan di kepala yang menarik orang lain untuk melihatnya.
  13. Bertudung tetapi menggunakan wangian berlebihan.
  14. Bertudung tapi memakai kasut bertumit tinggi yang menghasilkan bunyi apabila berjalan, jesteru menarik perhatian orang sekeliling.
  15. Bertudung itu hanya apabila memasuki kawasan masjid, menghadiri kenduri perkahwinan atau arwah.
  16. Bertudung hanya apabila hadirnya “lelaki yang bukan ahli keluarga”. Apabila bersama sepupu lelaki, tidak perlu bertudung, sedangkan apabila kita bersalaman dengan mereka pasti terbatal wudhu’ kita. Dengan itu, sepupu lelaki adalah bukan mahram dan wajib menutup aurat di hadapan mereka.
  17. Bertudung, tetapi menayangkan foto tidak bertudung di alam maya (e.g. Facebook).
  18. Bertudung tetapi memakai make-up yang berlebihan.
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”[Surah Al-Ahzab : 59]
"Aku perhati atau melihat dalam syurga , maka aku dapati kebanyakkan penghuninya terdiri daripada golongan orang-orang susah,dan aku melihat didalam neraka maka aku dapati kebanyakkan penghuninya ialah golongan WANITA." [ hadis Riwayat Bukhari ]

Tuesday, 11 February 2014

Monday, 10 February 2014

Jangan

Jangan bagi harapan kalau tak nak bersama. 
Jangan panggil 'sayang' bila hati tak ikhlas menyayangi seseorang tu.
Kalau tak sayang buat cara tak sayang , jangan bagi harapan palsu kerna ramai lagi yang sayang.



Thank you

Saya sedar
Saya bukan seorang yang “PERFECT”
Saya juga pernah lakukan kesilapan.
Tapi saya hargai dengan orang disekeliling yang masih rapat dan masih sayangi diri ini selepas mengetahui perkara sebenar siapa saya.

TERIMA KASIH.


Maaf

Assalammualaikum.
Sejak beberapa minggu ini banyak perkara yang tidak boleh diluahkan disini , tapi jika dia mengerti akan maksudku dia tidak akan lagi menganggu hidupku. 

MAAF .

"Bukan tak sudi, tapi ku sedari di mana tahap diri..
Diri ini bukan seperti si solehah yang kau hajati.

Daku hanya gadis biasa yang baru melangkah untuk merubah diri mencari sinar kasih Ilahi."
-Kalam bidadari-

Wednesday, 29 January 2014

Holiday

Assalammualaikum

Tahun lepas 2013 . Bulan 12 .
Kami satu famili sempat lah bercuti di sebuah pulau yang di panggil PULAU LANGKAWI. 
Alhamdulillah . sepanjang perjalanan kami kesana berjalan dengan lancar . Plan nak keluar ni pon dari JAJA dia yang nak ajak sangat tapi kalau di ikotkan memang kami nak pergi bercuti bersama cuma tak tau ke mana . Bila dah plan adik beradik baru tanya ayah . Then ayah said yes ! jadi syira ngan jaja yang plan cari kereta sewa , nak buat aktiviti kat sana apa nanti , nak pergi mana dan cari hotel . 

Biasa lah apa yang kita plan akan jadi lain . Bila sampai saja di lapangan terbang langkawi . kereta sewa yang kami jumpa sebelum sampai tak dapat dihubungi . Jadi kami terpaksa tanya pada kaunter di dalam lapangan terbang tersebut . hoi mahal hoiii . orang yang sewa kan kereta kat luar lagi murah . Alhamdulillah . jumpa juga kereta. Sampai je kat hotel , rupanya kena check in pukul 3 tapi kami dah sampai  hotel pukul 12 tengah hari . Hotel yang kita orang pilih ialah DE BARON . mentang mentang kami TERpilih bilik bajet . kami punya dapat layanan macam kurang memuaskan lah . Tinggalkan barang kat bilik simpanan barang kat hotel . kami keluar mencari makanan . Alhamdulillah hotel kami sangat berdekatan dengan semua tempat yang menarik dan kawasan makanan yang semua dengan selera kami . Korang kalau pergi langkawi korang kena cari hotel di kawasan bandar kuah. 

Kami rancang pergi bercuti ke langkawi ni pon sebab ayah tak pernah perg langkawi . Masa kami kecik dulu kami hanya pergi dengan arwah mak dan adik beradik mak . ayah tinggal di rumah . Tapi kali ini mak pula tak ada untuk selama lamanya . AL-FATIHAH untuk Kamedah binti Md Jim.

Amin.


Nah ! Syira hidangkan korang gambar gambar kami semasa di sana . hihi.
kang panjang benor bebel pulak .

Yang ini hari pertama sampai di sana

Budak ni lah yang pegang peta. Budak ni juga tgk jalan. Sampai dah boleh hafal lorong mana nak pergi. Mana nak balik. Budak ni jugak lah kena sibuk ambik gambar. Alih alih. Gambar budak ni jugak lah yg sikit. Haha. It okay lah. Nevermind :) #2013 #dad #along#angah #adik #familyvacation #balingbelakang#throwback #langkawi #edit #december #miss #rindu

 Ermmm.. Muncit #makammahsuri

Me is budak tengah tudung paling serabut. Sebab tak jumpa anak tudung -.- 


Abaikan muncung penyet tu. Haha. #pulaudayangbunting


dan akhirnya jumpa jugak #berasterbakar  tempat ini agak tersorok sebab kawasan hadapannya dah dipenuhi kedai kedai cendramata. agak menyusahkan jugak lah jugak kedai bebanyak sampai tak nampak tempat yang sepatutnya menarik perhatian tapi sampai kalau guna gps dah sampai tapi still tak nampak tempat ni . -.- 
hampir setiap hari mencari beras terbakar kat mana . second day baru jumpa dan dah nak petang pulak tuh . huhu

Masa di #langkawi sempat sambut bufday ayah yang ke ..... HAHA . Semoga ayah sehat selalu. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga pada 10 / 2 ini perjalanan ayah bersama JAJA selamat sampai dan pulang dari umrah 
AMIN.

#dataranlang akhirnya tempat ini lah yang paling syira impikan untuk bergambar dah tercapai . hahaha.
last day pulak tuh. huhu



Sepatutnya dalam bulan 2 ini pergi lagi sekali dengan JAJA je . berdua . tapi jaja cancelkan dan bakal pergi ke UMRAH bersama AYAH terCINTA. Tak pe lah . pergi umrah bawak ayah lagi penting.
huhu.










Monday, 13 January 2014

Selamat Menyambut Malidurasul.

Selamat Menyambut Malidurasul ,
sentiasa ingat Nabi Muhammad dan ikut sunnahnya-- MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk..

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

Hantar kepada semua group whatsapp. Anda akan membuat beribu, malah berjuta-juta org berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.




صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ




-syira,2014-









Sunday, 5 January 2014

no post title

HAHA .

post ini tiada title , sebab tak tau nak letak apa . jadi saja nak bg tau . tangan ni dah mula gatal nak buat editing jadi apa saja yg jadi ianya akan terhasil maka dengan itu

ini lah hasilnya . hihi
sebelum


selepas


byE . As Salam


-syira . 2014-



Friday, 3 January 2014

perempuan batu.

Assalammualaikum .
dari pukul 10 p.m sampai 12.55 a.m ni dok main photoshop .


Haaa tudia dah jadi batu dah engko .




Lama betul tak main photoshop ni .
Jadi hasilnya tak berapa nak lumayan . huhu



-syira , 2014

-

Thursday, 2 January 2014

Tersepit

Tersepit ?

HAHA .

Buka FACEBOOK .
Scroll WALL POST .

Haa ni makanan yang paling enak untuk santapan hari ni .
Pelbagai ragam adik adik kat sekolah .
Tak terkawal sampai TERSEPIT di kerusi sendiri .

Lucu ada , Kasihan pon ada .

Macam mana lah budak budak ni boleh tersepit kepala kat kerusi .
Tapi yang tak tahan gelak bukan sebab tengok adik adik yang sekolah tersepit tapi dorang post kat wall gambar lembu , kucing , kuda yang tersepit kat kerusi. HAHA

Masuk pandai tapi nak keluar tak pandai . Sabor jelah .

Mohon ibubapa pesan kat anak masing masing jangan terlalu aktif sampai boleh susahkan diri sendiri dan cikgu kat sekolah . Tak memasal cikgu jadi tukang gergaji kerusi .

Kesian dia.

-syira , 2014-



Jelita

Assalammualaikum :)

Selamat memulakan persekolahan adik adik semua .

Syira cerita kesah pagi tadi .

Jelita dah mula sekolah ! HAHA .

Budak budak ni yang start bersekolah tapi syira pulak yang excited lebih . HAHA. Bangun pagi kemain lagi awal , pukul 5 setengah pagi dah bangun

Hoi . selalu pukul 6.30 6.40 baru bangun . HAHA.
Bila semua dah siap pakai baju sekolah . Haishh mula lah terasa rindu nak sekolah masuk darjah 1 semula. -.-

Pepagi dah update twitter . *buat muka tak malu update twitter*

Seronok betul tengok jelita bangun pagi pukul 6 dah bangun , siap suruh hantar dia dulu sebelum hantar abang n kakak dia pergi sekolah. Selalu jelita paling susah nak tidur dan bangun awal tapi sebab nak sekolah . Hui korang boleh nampak lah dia punya semangat . huhu.

Pagi tadi teman bos hantar anak anak dia ke sekolah sebab takut tak ada parking . So kami hantar abang and kakak jelita dulu then baru jelita . Bila dah sampai sekolah, perkara biasa jelita akan senyap dan Alhamdulillah jelita tak nangis kena tinggal*tadah tangan* AMIN

*lompat lompat* HAHA.

Bila dah habis waktu tadika . jelita sampai rumah terus tidur . haishh berdengkur pulak tuh .  dasyat budak ni punya penat , first time Bertadika. comel betul peragai . -.-

-syira , 2014-






Wednesday, 1 January 2014

2014

Assalammualaikum :)

Dah 2 Januari 2014 baru nak update blog . 
Buzy banyak bulan lepas lepas dan lepas. HAHA

Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua yang sudi membaca blog kita yang biasa je ni . 
*pandang kiri kanan*

Bilik dah gelap tapi mata ni tak boleh nak lelap lagi . 
*tutup muka dengan bantal* 
ok tipu . 
Mohon jangan percaya . 

Dari pagi awal tahun 1 Januari 2014 tadi pelbagai status di twitter dan facebook .
Yang paling kelakar bila dorang post magie kari then buat caption "memulakan sarapan pagi 1 januari 2014 dengan menelan magie kari " HAHA

Motif sangat buat caption macam tuh . haha


Sebenarnya bosan sebab tu merepek kejap kat blog ni . huhu 
Nak Update kat temlen twitter macam dah malu malu kucing pulak sebab dah lama betul tak merepek kerepek rempeyek kat twitter . HAHA

Alhamdulillah . Hujung tahun 2013 , ada 2 3 rezeki datang dan di sambut dengan hati yang tenang . 
Moga dapat kekal hingga akhir hayat . Amin. 

dan kebanyakkan azam 2013 dah tercapai. AMIN.

Bagi permulaan 2014 , mesti pada setiap orang akan pasang hajat masing masing dan letak merata rata tempat supaya ingat selalu . 

Jadi di sini syira nak menepekkan syira punya azam kat dalam blog ini untuk dikongsikan sikit . 
Mohon jangan gelak.

1. Dekatkan lagi siri kepada ALLAH SWT.
2. Kurangkan perasaan marah dan cemburu mengkhinzir buta.
3. Tidak lagi melakukan perkara yang dilarang oleh ALLAH SWT.
4. Kurangkan berat badan.
5. Beli kereta.
6. Kurangkan shopping.
7. Lebihkan senyuman dan amalan didunia.
8. Kurangkan BOROS. Nak tambah saving.
9. Cari bakal suami dan kawin . HAHA

Sebenarnya azam yang ke 4 tu dah tahun ke 3 konon nya nak turunkan berat badan -.- tapi tak pernah tercapai untuk sampai ke berat badan yang adel. HAHA.

-syira , 2014-