Wednesday, 31 July 2013

Syukur .

Syukur Alhamdulillah :)

Demam semalam dah hilang . Nasib ada pakcik tolong picitkan kepala dan bagi makan ubat .
Syira ni kalau demam memang kena ada orang kat sebelah and tolong picitkan kepala . Sebenarnya syira paling manja dengan pakcik . lagi lagi lepas arwah mak tak ada lagi rapat dengan dia. hmm :/

Semalam dapat jugak puasa penuh, walaupun sebenarnya dah tak larat tapi kuatkan juga lah sebab lagi 1 jam je nak berbuka so lepas je berbuka tu terus makan nasi sikit minum 3 4 cawan air teh suam dan makan ubat. Letak kain basah atas kepala dan Alhamdulillah demam cepat hilang.

Dah dekat tengah malam tu lah baru balik semula rumah yang syira duduk sekarang ni . huhu.

Dulu kalau syira demam arwah mak yang paling risau sebab kalau dah demam badan ni cepat kejang dan kekadang boleh pengsan sampai masuk hospital, and arwah lah yang selalu berada disamping syira sampai tak dia kata dia tidur ayam sebab takut syira pengsan. hmmm :/

Tapi sekarang arwah dah tak ada so syira pon dah besar dah tau cara cara nak hilang kan demam ni sendiri .
Terima kasih MAK. MISS YOU SO MUCH ! AL - FATIHAH.

Alhamdulillah hari ni dapat berpuasa seperti biasa . Amin
Budak mengade memang macam ni . Kbai

- syira , 2013-



Tuesday, 30 July 2013

Dugaan bulan puasa

Hari ni betul betul mengalami dugaan berpuasa, sebab bangun je pagi tadi sedar sedar dah pukul 8.34 a m . blerghhhh ~ terlajak lah gamaknya . tak bersahur lagi, bangun pun sebab ada staff dia call nak soh ambik kereta kat KLIA . -.- Mana tak nya terlajak sebab malam tadi TERpakse tidur kul 2 atas sebab sebab TERtentu . Hmmm :/

Balik je dari KLIA , perut ni kemain memulas hoiiiii . cirit pulak pepagi niiii . hmm :/ 

Bila dah petang macam ni cirit dah hilang tapi demam pulak yang muncul . nak bercakap pun rase berat je mulut ni sampai Jaja pon tak paham apa syira cakap kat dia .  Hari ni berbuka dengan Jaja , makcik dan sepupu kat rumah dorang. Nasib baik jaja nak jemput kat rumah kalau tak memang tak pergi lah rumah makcik sedara. Nak cakap tak larat tapi jari ni masih mampu lagi nak menaip . HAHA . Badan pon letih ni , kang tak larat gak nak soh jaja bawak p klinik .. h

Harap dapat bertahan sampai waktu berbuka jup lagi . :/

- syira , 2013 -







Wednesday, 24 July 2013

Ketupat

Assalammualaikum .

Hai ! semua . tadi syira singgah jup blog Abang Ben . Korang kenal tak siapa dia tu ?
Abang Ben tu dia seorang blogger yang terkenal dengan menceritakan pasal anak dia yang comel tuh . huhu.

Sebenarnya syira nampak tajuk dia pasal ketupat . Hoooooo ! Raya nak sampai ! cepat betul masa berlalu pergi . Sekarang pon dah Ramadhan ke 15 dah , tinggal 15 hari lagi nak puasa dan nak Raya .

Dan tadi baru syira terfikir tahun ni sapa nak anyamkan ketupat ? sebab tahun sebelum ni pun arwah mak yang anyamkan . syira boleh buat tapi step nak buat tuh selalu mak tunjuk dulu baru syira buat . huarrrghhh ! sangat terasa kehilangan tahun ni , sebab banyak perkara mak yang sediakan . tsk tsk tsk



Nampaknya tahun ni nak buat ketupat kena bukak YOUTUBE dulu lah gamaknyaaaa :/

-syira , 2013 -

Dia

Dia ? Seorang lelaki dan seorang sahabat yang paling rapat dengan syira . Dia lah yang selalu mendengar luahan tidak puas hati bila ada saja benda yang tak kena dan dia juga pendengar yang setia dan dia juga dah biasa tengok syira menangis depan dia bila bergaduh or putus ngan ex bf. hihi .Kalau syira tak ada masalah tapi dia ada masalah dia pon akan kongsi jugak masalah dia dekat syira . so fair kan ? haha .


Mengenali dia sejak tahun 2010. Sem ke dua syira belajar di #PSIS a k a Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor . Dia ni boleh dikatakan junior syira kat poli tapi junior junior pon kami sebaya . huhu .

Macam mana kami boleh rapat ? entah lah sejak entah bila masa pon tak sedar bila kami mula rapat . huhu . Dia ni pon jenis peramah orang nya . Sampai sekarang pon kami still berhubung :)

Dan kini kami dah Graduate bersama . TAHNIAH !


Dia bernama Muhammad Hazrul bin Jazuli .
Terima kasih sebab sudi menjadi Sahabat :)

- syira , 2013 -

Muka super gedik

HAHA . ini muka super gedik .
bosan menunggu waktu nak raptai masa konvo hari tu .
so hari ni edit sebab bosan juga . so jadi lah macam ni pic super gedik by syira . HAHA


ini kerja bila bosan akan edit pic sendiri dan kutuk diri sendiri.
kbai . 


rindu

Rindu ! *jerit kekuat*
tetiba minggu lepas punya cerita ada sorang member dia post gambar ni kat dalam group kelas kat #Facebook . Dan jari ni cecepat screengrab kan dan post kat #instagram dan #Twitter langsung ke wall #Facebook sendiri . hehehe .




lalu otak dan jari mula lah mengukir ayat ni .

" Rindu kan zaman semester 1 . Zaman baru nak belajar erti berdikari jauh dari keluarga. Zaman yang banyak mengajar erti kehidupan di tempat orang. Zaman budak berumur 18 tahun yang masih menangis bila ayah n arwah mak nak balik melaka then tinggalkan dia sensorang kat politeknik yang jauh ke dalam . Dalam gambar ni first time berpuasa jauh dari family dan kawan kawan yang rapat masa sekolah menengah dulu tapi zaman ini telah mengantikan kawan kawan yang baru . Mereka baik . Tak pernah jumpa kawan seperti mereka. Have fun with them. Mereka juga dapat menyembuhkan kesedihan dengan menunjukkan peragai memasing. Hahaa . Serius rindu zaman ini. :) #2013 #2009 ‪#‎picture‬ ‪#‎PSIS‬ ‪#‎memories‬ ‪#‎miss‬ ‪#‎rindu‬ ‪#‎love‬ "


dan kemudian seorang lagi member , dia post kat #instagram dan ayat nya ,

" Ala ayt.ko buat aku rindu gila kt semester1.kngan petame aku duk bjauhan ngn family.rindunye. "

dan syira hanya mampu tersenyum dan post ayat ni ,

" mmg aku rindu zaman ni. Hmmm "

itu je syira nak bagi tau . kbai . haha


Tuesday, 23 July 2013

Tanda-tanda belum sedia berNIKAH

1. Terus 'tutup mulut' apabila anda bertanya kepadanya mengenai kesediaannya untuk berumahtangga.

2. Tidak pernah ada niat untuk menemui orang tua anda walaupun anda sudah berusaha untuk mempertemukan dengan orang tua anda.

3. Tidak pernah memegang janji. Melupakan dan membatalkan janji dengan anda bukan perkara yang menganggu fikirannya.

4. Tidak pernah benar-benar memerlukan orang lain. Mungkin dia banyak teman atau sanak saudara, tapi tidak ada yang benar-benar akrab dan dekat dengannya. Jadi, dia memang tidak mengerti makna 'ikatan'

5. Jarang memperkenalkan anda kepada kenalannya.

6. Mudah bercinta dengan wanita lain.

7. Tidak pernah membincangkan masalah peribadinya dengan anda. Juga tidak mengizinkan anda untuk mengetahui masalah peribadinya dengan anda.

8. Terlalu menganggap bahawa segala-galanya mesti sempurna.


9. Berulangkali dia menceritakan mengenai keburukan-keburukan dirinya kepada anda.



-Copy Paste- 


LoVe Vs MaRriaGe


Love is holding hands in the street.
Marriage is holding arguments in the street.

Love is dinner for 2 in your favorite restaurant.
Marriage is a take home packet.

Love is cuddling on a sofa.
Marriage is one of them sleeping on a sofa.

Love is talking about having children.
Marriage is talking about getting away from children.

Love is going to bed early.
Marriage is going to sleep early.

Love is a romantic drive.
Marriage is arrive on tops curvy tarmac .

Love is losing your appetite.
Marriage is losing your figure.

Love is sweet nothing in the ear.
Marriage is sweet nothing in the bank.

Tv has no place in love.
Marriage is a fight for remote control.

Love is 1 drink and 2 straws.
Marriage is "Don't you think you've had enough!".

Conclusion: "Love is blind, Marriage is an eye opener!" 
 
-Copy paste-

Friday, 19 July 2013

Happy Konvokesyen !!

Assalammualaikum semua ! 

Tahniah untuk diri sendiri sebab dah berjaya mencapai ape yang telah diusahakan selama 3 tahun berturut-turut di Politeknik Sultan Idris Shah. 

HAHA *gelakkan diri sendiri* orang lain dah kecoh kat blog dorang engkau baru nak update blog . 

huhu sebab bz dengan kerja n line internet nak guna kat laptop ada problem sikit sebab tu asyik tertangguh je nak update blog ni . huhu . 

Tapi ape punnnnnnnnnnnnn nak ucap kat diri sendiri lagi . TAHNIAH !  untuk diri sendiri. Ya Allah. Perkara ini rasa sangat tidak percaya akan berakhir dengan tenang . Alhamdulillah . Tarikh ini sangat bermakna dan akan sentiasa di ingati 04/07/2013 Khamis.

Ini hadiah yang terbesar untuk Ayah dan Arwah Mak yang dapat adik bagi. Terima kasih yang terhingga dengan pengorbanan yang telah Ayah dan Arwah mak berikan . Meniaga kuih putu piring untuk memberi wang belanja supaya anak kecil dia ni tidak kelaparan di negeri orang . Sebelum konvo ni arwah mak  yang paling semangat nak pergi siap ajak saudara mara lagi . 
Tapi ... selepas arwah meninggal perasaan nak berkonvo ni tak ada langsung . terus hilang 


*mengalir air mata*
*10 minit nangis baru berhenti*


Tapi oleh kerana kata kata semangat kawan kawan dan fikirkan syira masih ada lagi ayah dan keluarga yang lain jadi berat hati juga pergi . Tapi bila dah sampai di Politeknik ni perasaan tu terus hilang terus gembira . entah kenapa lah . HAHA . 

Terima kasih kepada semua lecterur yang mengajar kami. ‪#‎PSIS‬ . Dan untuk kawan kawan juga ini lah hasil setelah 3 tahun belajar . 



okay abaikan muka interframe tuh . haha . seronok sangatkan sebab tu muka macam gedik an ? bhaha


Yang ni ambik gambar tangkap muat sapa yang syira jumpa dan kamera ada pada jaja , dan ini lah yang dapat syira sempat bergambar sebenarnya ramai lagi tapi jaja nak balik cepat dan ayah dah penat dan paling tak best handphone sendiri batry dah habis :(


Tahniah ! dan Terima kasih ! Semua .. 



Tapi pic kat bawah ni Jaja pon nak pre Konvo kot erghhh ~ sebab masa konvo dia tak sempat nak bergambar ngan kawan kawan dia . sian jaja . nah sikit . hehe





Insya Allah ada rezeki sambung belajar hingga ke Ijazah . Amin :) 

saya tau saya comel . kbai . HAHA 

Wassalam :)



Tuesday, 9 July 2013

Persahabatan


PERSAHABATAN , kita mesti pernah bergaduh dengan kawan kawan yang rapat dengan kita tak kira masa belajar or kerja kan ? kalo bergaduh itu perkara biasa dalam setiap PERSAHABATAN tapi dalam setiap pergaduhan pasti ada hikmah kenapa kita perlu bergaduh dengan dia dan kita akan tau apa sebenarnya yang dia tidak suka cara kita , dan mungkin kita boleh mengubahnya ke arah yang lebih baik kan ? Alahhh dalam PERSAHABATAN mesti akan ada situasi macam ni . Serius tak tipu . Hihi.

Kejap baik , kejap bergaduh. Syira dah lali dengan jenis kategori sahabat ni . so you all , releks and be cool baby . hihi .

Banyak laman web yang syira tengok mengenai PERSAHABATAN . Syira ada lah jugak tengok and belajar cara cara menjadi seorang kawan yang baik . Sebab syira tau yang syira ni bukan lah baik mana pun tapi kalau kita belajar dari pengalaman orang lain tak salah kan ?

So kat sini ada sedikit yang boleh syira kongsi kan sebab ape korang boleh rase dingin je dengan kawan yang dulu dikatakan BFF , boleh tidur sekatil sebantal setilam serumah sekepala seeeee seeeee apa apa lah yang berkaitan kan . haaaahahaaa .


1. BATU API
Batu api : selalunya akan muncul untuk merosakkan perhubungan antara kita dengan rakan yang lain. Batu api ini muncul mungkin kerana kita terlalu melebih lebihkan rakan yang lain dan dia mungkin cemburu lah cerita dia . haaa . Batu api ini mesti akan muncul dalam setiap PERSAHABATAN mahupun dalam setiap PERHUBUNGAN . Faham ?  Hiihiii . Batu api juga memainkan peranan dalam merosakkan hubungan PERSAHABATAN yang baik. Dah ramai syira berkawan . Boleh dikatakan di semua tempat yang syira pernah pergi mesti akan ada si batu api ni . Memang susah nak elak . Dalam laman web yang syira tengok ada cara nak mengelakkan batu api ini muncul .

haaa caranya ialah
"kita kalau dah percayakan kawan yang kita sendiri dah kenal sejak 3 4 TAHUN yang lepas tapi kenapa kita perlu percayakan orang lain yang kita sendiri baru kenal 3 4 HARI?"

melainkan kalau "kita sendiri nampak dengan mata kepala kita sendiri dengan sikap sebenar kawan kita yang 3 4 TAHUN tu."


2. TIDAK SERASI
Perkara ni pon dah biasa berlaku . Mula mula kita rase dia ni sekepala dengan kita tapi bila dah cukup 5 6 bulan peragai sebenar dia muncul . haaa time ni memang kita geleng kepala tak pun ternganga jelah tengok dengan peragai dia tu. HAHA . Kalau kita rasa dah tak serasi dengan peragai dia please JANGAN JADI HIPOKRIT ! BOLEH ? haaa . *cakap depan cermin* . Dan kalau kita cuba untuk sekepala tapi tak menjadi jugak baik kita get JAUH dari dia . HAHA . *ayat terabur* . Mungkin itu lebih baik dari pada kita rapat dengan orang yang macam tuh . nak tau kenapa ? tak kan lah kita sibuk nak sekepala dengan dia tapi dia sendiri tak nak sekepala dengan kita kan ? so baik jangan terlalu rapat . okay ?
Nanti bergaduh pulak . tak memasal je. Itu cari nahas namanya .

3. CEMBURU
Cemburu yang dimaksudkan adalah cemburu yang tidak membina dan akan mendatangkan keburukan. Biasanya cemburu akan muncul  bile kita tengok kawan kita lebih daripada kita tak kire la die lebih cantik atau hensome atau kaya atau pandai dan sebagainya. Memang betul sifat cemburu memang payah untuk dibuang, tetapi boleh dikawal dan dikurangkan. Ketahuilah bahawa kawan kita juga ada kekurangannya sendiri dan kita pun ade kelebihan yang kawan kita takde.


4. LEBIH MASA DENGAN ORANG LAIN
Maksudnya, kita terlalu melebihkan masa dengan pakwe / makwe kita sampai lupa dengan kawan kawan kita disekeliling .Kita lebih sibuk berjalan kemana mana dengan couple kita. Tapi bila ada masalah baru lah kita terhengeh hengeh cari kawan yang kita abaikan tu. Tak elok lah peragai macam tu. Kita sepatutnya seimbangkan hubungan kita pakwe / makwe dengan kawan kawan yang lain . Supaya tak ada sapa yang terasa or makan hati dengan tingkah laku kita .


5. PERSAINGAN
Yang ini adik beradik dengan CEMBURU tapi dalam kategori ni kita nak berkawan dengan orang yang serataf dengan kita saja, tak nak kawan dengan orang yang lebih dari kita . kalau dapat kawan yang kaya kita pun sibuk nak kaya . kalau dapat kawan yang cantik kita pun sibuk nak cantik tapi nak bergaya tak reti .Lepas tuh  PERSAHABATAN  kita dengan kawan kita tergadai macam habuk kena tiup dengan angin sepoi sepoi bahasa lah katanya . HAHA . Kalau boleh sebelah pihak perlu lah mengalah jangan lah asyik nak bersaing je .

Please JANGAN JADI HIPOKRIT ! BOLEH ? haaa . *cakap depan cermin sampai mata juling* .

Perkara  yang ini pon biasa ada dalam setiap PERSAHABATAN . Tapi kalau kita ni dah bebetul matang tak perlulah nak bersaing dengan orang lain tapi kita bersainglah dengan diri sendiri.


6. TAK JAGA HATI
Kadang-kadang kita ni suke hati je nak cakap lepas sampai tak pandai nak jaga hati kawan. Kalau kita nak orang jaga hati kita, So kita pun kene lah jaga hati org dulu. FAHAM ?

*cakap depan cermin*

kepada rakan rakan yang sedang berdingin dengan rakan yang lain harap engkorang berbaik lah semula . Sebab syira rindukan suasana yang riang girang kita masa dulu . suasana yang kita boleh lepak bersama , makan semeja dan macam macam lagi kenangan kita bersama . *nangis teresak esak* 
permintaan syira 1 je . berbaik lah . jangan terlalu mementingkan ego masing masing . 
bubye.