Friday, 31 May 2013

Talam dua muka

Talam dua muka? ye semua orang tau maksud talam itu apa . yang tak tau meh syira terangkan maksud talam dua muka yang berasal dari peribahasa yang bermaksud orang yang suka bermuka dua atau bermuka muka atau yang paling mudah ianya bermaksud munafik .

Kalau korang tengok gambar kat atas ni pon korang dah boleh tau maksud sebenar talam dua muka kan ?

Haa . so syira nak sampaikan kat korang yang korang perlu berhati hati dengan orang di sekeliling kita ni sebanarnya ramai yang talam dua muka. Bukan saja kawan kawan yang disekeliling kita tapi kekadang pasangan kita sendiri sebenarnya talam dua muka .


lagu khas untuk orang yag talam dua muka :

kau merantaiku sehingga kaku
terikut gaya gelunjukmu
tersimpul mati langkahmu kini
dalam mencari harga diri

hey jangan pura-pura
talam dua muka
ke kiri ke kanan engkau sapu
keringatku kau hirupkan
sehingga aku kekeringan


kau menikam dari belakang
berpura kawan rupanya lawan
mengaut untung tak kira siapa
walaupun bisa menyeksakan

keperitan bersengkang mata
engkau rasa tindas menindas
perkara biasa hingga ku leka
dan jadi mangsa
sampai bila

- XPDC -
What should you do?

Memang perkara biasa kalau ada kawan-kawan yang talam dua muka. Tapi walau apa pun yang dilakukan, you all janganlah cepat melatah. Fahami situasi dan ambil tindakan sewajarnya. 

Actually, korang dah tau dia macam tu kan , so korang buat satu ujian dengan mereka satu cerita yang tidak sahih dan cerita kan perkara itu pada dia seorang saja dan korang akan nampak sejauh mana  keikhlasan dia. Then akan terbukti sama ada dia ni sebenarnya talam dua muka ataupun tidak .

Berhati hati lah dengan si talam dua muka.

Jadi berhati hati lah dengan orang seperti ini , syira pernah jumpa orang macam ni. Bila dah tau dia macam ni orang ye so pandang dia dengan senyuman saja < ini juga dikatakan talam dua muka ke ? haaa korang fikir lah sendiri ye . ini hanya lah pendapat dari seorang manusia yang mula bersabar dengan keadaan sekeliling dan hadapinya dengan senyuman.  


AWAS ! ada yang memerhati dan mendengar setiap perbualan kita *pandang langit*


Wednesday, 29 May 2013

Berjaya !


Berjaya ? yeah ! syira berjaya di pilih sebagai pekerja baru di sebuah syarikat di Cheras . Interview yang terbaru tu. yang pergi dengan jaja pada bufday dia tuh .  orang kata rezeki dia mana mana . yeah ! memang rezeki di mana mana . kalau kita tak berusaha mana nak datang bergolek rezeki tu dengan sendiri kan ?

so hari ni syira buktikan rezeki tu memang berada dimana mana saja . Amin . Alhamdulillah . Aku bersyukur dengan rezeki yang kau turunkan terhadap diri ku Ya Allah . Amin :)


Jadi pada 22Mei2013 syira dah start kerja membantu bos yang sangat baik hati dengan syira . di karnival belia2013, putrajaya :)

Bersama sama mempromosikan filem terbaru yang akan datang di pawagam .

so ini lah teman baru dan artis yang menjayakan filem terbaru yang berjudul #TYICKOOUNS











20 Mei 2013

20Mei2013 . ingat tak tarikh ni syira pernah mention kat korang tarikh ni tarikh ape ? haa . mesti korang tak ingat kan ? haha . ini adalah tarikh kakak syira yang tersayang, jaja . hee

syira buat suprise bufday untuk dia . selalu dia buat untuk adik dia yang degil ni tapi kali ni untuk kali ke 2 syira berjaya buat dia terkejut . bhaha . nak tau kenapa ? sebab syira buat suprise bufday dia awal sikit means 19Mei2013 . hee . sebab pada 20Mei2013 syira ada interview di cheras dan kami bergerak pulang ke Melaka sebab 21Mei2013 dia nak interview kat Melaka.


(pic ni terpakse ambik kat facebook sebab hp baru lepas format so pic ni dah hilang dari phone lupa nak backup)

Happy bufday to my lovly sister @jajazaza87 . sambut awal satu hari sebab 20Mei2013 memasing bz kan. So tak pe kan sambut awal sikit . Hehee . Nak buat suprise bufday tapi tak ada transport nak p beli kek so pinjam kereta dia cakap nak kuar beli barang jup. Kahkahkah. #2013 #picture #sister #kakak #love #cinta



Thanks to @jajazaza87 sebab sanggup tak tidur lagi lepas balik kerja n hantar adik dia yg sorang ni interview ! Luv you lah kakak. Hehee . #2013 #sister #love #cinta #interview #temuduga


pesanan untuk jaja :
semoga panjang umur n dimurahkan rezeki . terima kasih menjadi kakak terbaik , jaja is kawan yang terbaik dari yang lain dan menjadi peneman dan tempat bermanja selepas kita kehilangan emak tersayang. ;(
semoga dapat jodoh awal dan kawin cepat sikit . semoga adik dia ni boleh kawin awal jugak *gatal* kahkahkah

Thursday, 16 May 2013

Selamat Hari Guru

Yeahh ! Tajuk kat atas tuh berkaitan dengan hari guru right ? 
so sebelum syira merepek syira nak ucapkan

"Selamat Hari Guru buat semua guru di seluruh dunia ! "

tapi hari ni dah 17 mei 2013
so lambat sikit wish pun tak pe . kan ? HAHA.

Banyak betul sambutan pada bulan mei ni kan ?
1 mei hari buruh,
12 mei hari ibu,
16 mei hari guru,
20 mei hari jadi angah . eh ? heehee ,
24 mei nanti hari wesak pulak .

Sempena hari guru ni syira nak cerita sikit pasal guru guru yang pernah mengajar kat sekolah mahupun kat politeknik . Sifat setiap guru yang pernah mengajar syira dahulu semua berbeza . Ada yang garang ada yang sporting dan ada yang kurang bercakap bergurau senda . garang dorang ada sebab nya .

Macam dulu masa kat sekolah ada seorang cikgu sains dan sampai sekarang syira sayang dan takut dengan beliau. Nak tau kenapa syira sayang tapi sebenarnya takut setiap kali dia bercakap dan pandang orang sebab dia nak kami takut dan belajar bebetul tak boleh memain . Setiap kali dalam ujian sains masa darjah 5 Melati syira akan cuba supaya sentiasa lulus means kena dapatkan A atau B sebab takut kalau dapat C dan kebawah akan di rotan oleh beliau . Bagus sebenarnya apa yang di lakukan itu sebab nak suruh pelajar dia berusaha. kan ? haha. 

Kalau masa dulu , means masa syira sekolah dulu lah kan setiap kali mengadu kena rotan sebab tak lulus ujian kat mak or ayah dorang akan rotan syira . haha . tapi zaman telah berubah setiap kali anak memasing kena rotan sikit kemain lagi ibu bapa serang cikgu tak pun terus saman cikgu. Tengoklah perubahan yang makin ketara sekarang ni. Dorang tak tau ke sebab ape pelajar itu dirotan ? main serang je tanpa bukti *bebel*

Syira nak cerita panjang lagi tapi mau leguh mulut korang baca nanti . HAHA. Tapi Allah lebih sayang kan dia . So mari lah sedekahkan Al-fatihah kepada Almalhummah Puan Rosniwati .

Syira pernah bersekolah di Tadika Kemas Batu Gajah , kalau sekolah rendah kat Sekolah Kebangsaan Batu Gajah , sekolah menengah kat Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abdul Rahman Yakub, dan sempat lah jugak menimba ilmu dan merantau jauh sikit lah dari Melaka dapatlah belajar kat Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor. Orang kata dekat je Melaka nak ke Selangor , nak merangkak pon boleh , tapi dorang tak tau betapa payahnya nak balik sendiri dari Selangor ke Melaka dan kembali ke Selangor semula .

Syira seorang pelajar yang nakal , degil , kekadang je rajin "means malas" . HAHA , selalu dibuli masa sekolah dan semakin gengster di sekolah.


Terima Kasih Guru
kerana telah mendidik anak murid mu ini
daripada nakal , mengade, degil , garang , kuat menangis , selalu melawan cakap orang lain,
kekadang je rajin "means malas" . HAHA , selalu dibuli masa sekolah dan semakin gengster di sekolah.
kepada yang dah pandai menilai mana yang buruk dan yang mana yang baik.
kihkihkih . ini semua poyo! haha.

Jasamu bukan akan sentiasa dikenang tapi jasamu sentiasa dikenang . In Syaa Allah . 
Kamulah ayah , kamulah ibu kepada kami untuk belajar erti penyesalan . eh ? bukan penyesalan  ... tapi erti .. okay syira lupa nak taip apa tadi . Bye semua . salam ! 


Monday, 13 May 2013

Berkata

Berkata ? itu adalah satu perkataan yang boleh mengambarkan gerak mulut dan lalu mengeluarkan kata kata yang elok dan tidak elok. kata kata itu boleh di curahkan walaupun tidak berfikir namun ia mampu di keluarkan melalui hati .

        orang dedulu kata pernah membuat
             peribahasa yang berbunyi
          sudah terlanjur kata tidak boleh di undur.

eh ? engkorang pernah dengar ke ? atau syira je yang pernah dengar dari mulut seorang yang di panggil nenek. iya. orang tersebut nenek syira. ahahaa