Friday, 6 December 2013
Bunga
Assalammualaikum .
Eh ! bukan bunga tapi kumbang.
Orang kata ,
"Bunga bukan sekuntum , Kumbang bukan seekor" .
TAK NAK ! SEDIH !
adakalanya,
langkah sering tergelincir dan kerap kali jatuh ,
tapi ingat
itu bukan bererti berakhirnya hidup.
SEMANGAT !
Tuesday, 3 December 2013
Aku
Aku cepat terasa hati.
Aku cepat merajuk.
Aku minta maaf.
Itu kelemahan aku.
Aku hanya manusia biasa.
Harap faham.
Aku menangis,
setiap malam,
semuanya pasal kau.
Sakit kau tahu,
Aku ni apa bagi kau?
Hmm,
sedih.
Tolong,
jangan buat aku seperti bola yang sememangnya bulat yang kau boleh sepak kemana saja kau suka.
Aku bodoh
Aku mudah percaya dengan kata
Janji palsu kau
Aku bodoh kerna bagi peluang kedua untuk kau.
Aku bodoh
Tuesday, 12 November 2013
Malas
Aku dah biasa.
Pendam itu.
Pendam ini.
Sakit? Memang sakit.
Kenapa tak luahkan? Malas.
Malas, Sebab aku tahu tak ada orang akan faham.
- syira, 2013 -
Thursday, 7 November 2013
PakYUs
abaikan tudung yang senget tu yang penting orang sebelah ni haaa.
hahaha.
Monday, 28 October 2013
Kesilapan
Yang pernah seseorang lakukan
Adalah
Dia selalu
Memberikan ruang dan peluang
Pada orang yang sama untuk terus menyakitinya.
"Jangan selalu lakukan kesilapan yang sama"
"Hidup ini bukan untuk sentiasa dilukai"
3 words
I can sum up everything
I've learned about life :
"it goes on"
Sunday, 27 October 2013
SESUATU
Sebalik
suka tawa riang gembira
bersama teman teman
yang sanggup meluangkan masa
bersama,
Sebenarnya,
aku masih menyorokkan sesuatu
di sudut kalbu hati sendiri
yang tiada siapa tahu,
Melainkan,
hanya pada ALLAH
yang MAHA BERKUASA
lagi MENGASIHANI.
-syira , 2013-
Wednesday, 23 October 2013
MyBreakfastEveryday
Cara cara wanita berjalan
Note ini semua terutama lelaki . heee
Maklumat ini syira copy and paste dari blog gilerkentang.com
Monday, 21 October 2013
mata telinga mulut
Sunday, 29 September 2013
Surat kenalan
Assalammualaikum semua
Semalam family bos datang rumah sebab syira kan duduk serumah ngan bos. Haa .
Bila dah ramai semua dah tak dapat nak kawal bebudak nak pergi mandi kolam tak kira lah panas ke tak janji dorang dapat mandi. Huhu. Jadian yang tukang meneman dorang syira lah sapo lagi.
Bila dah sampai kolam . Dorang tengah syok mandi syira dok berteduh di bawah pokok kelapa
Eh salah ! Di bawah pohon asmara. Haha
Tetiba ada sorang mamat ni kerja guard kat area situ. -.- dia tetiba panggil dengan rasa pelik syira p lah sebab mana lah tau ada apa apa yang tak kena kan. So bila dah dekat dengan dia . Tetiba haaaa . Ambik kau dia hulur kan suruh dari kawan dia untuk syira -.-
Pastu budak tuh lari macam kena kejar ngan anjing . -.- hilang je terus.
Teringin nak tau apa kandungan dalam surat tuh syira pon bukan dan baca 2 3 kali lah juga nak fahamkan ayat dia sebab syira pon tetiba rasa blurr . K blurr -.-
Haaa tudia . Kemain lagi surat dia tulis
. Hahahha.
Engko nak kata apa bila dapat surat sebegini. Gelak je lah yang mampu.
Saturday, 21 September 2013
Kerja gila
Hai semorang . Tengah bosan bosan duduk tengok tv kat rumah kakak tersayang jaja tapi tengok dengan kawan serumah dia . Kak ika :)
Dok layan korea je kalau sampai rumah ni. Kepalanya kak ika lah. Haha dia memang gila cerita korea. Hoi. Siaran 393 ni memang tak akan bergerak lah kalau kak ika dah mula pegang remote tv lah kan. Haa itu bukan cerita yang nak disampaikan sebenarnya. HAHA
Cerita sebenarnya ialah..
Semalam kononnya nak datang rumah jaja ni nak ambik baby oren tersayang then balik terus ke rumah sewa tapi -.- lain jadinya. Dah ahad pagi dah ni tapi still kat rumah jaja. HAHA . Sebab siang tadi pergi tengok mak cik sedara masuk hospital sebab virus ape entah tak ingat. Then tak sampai satu jam kat sana syira ngan jaja terus balik sebab masa melawat dah tamat. Mana tak nya ondaway ke hospital macam macam tempat kami singgah dulu. HAHA
Erghh.. Dah masuk kereta memasing macam tak puas lagi berjalan jadian jaja ajak peegi kat area jalan tar.
Haaaaaaaaa. Kerja gilanya adalah dengan tak semena mena dari tak nak beli apa apa then jaja pergi tunjuk kedai jual tudung bawal yang perghhhh best gila kainnya. Memang puas hati lah. Harga dia pon rasa dah boleh nangis lah . Bukan nangis sebab apa sangat lah tapi nangis sebab murah gila. Kalau kat kedai biasa paling murah 10 ringgit sehelai. Tapi bila dah masuk kedai tuh. Ggrrr gigit jari weh . Geget jari sebab rasa gila nak beli banyak tapi duit tak cukup. Haha.
Beli tudung bawal sebanyak 13 helai. Tak gila kata kau ? Hahaha.
Ergh ergh jup nak bg tau . Yang ini kali pertama update blog guna blogger apps dari playstore.
Kbai .
Thursday, 19 September 2013
Ini semua pasal JELITA
Hai semorang , ini dia Jelitawan yang sentiasa jelita tak kira usia kata mariani . ahahaha
semalam dia buat peragai pelik dia .
Nak kuar p alamanda ngan syira je padahal mama dia ada kat rumah.
Senang betul nak kuar mintak mama dia duit nak beli mainan ngan kak syira
then siap soh syira pilih mainan then bayar guna duit yang mama dia bagi tu . tapi nanti mainan yang syira pilih dia yang main kalau tak dapat buat muka comel . pandai bodek budak ni . haishh geram betul peragai comel dia . haa . kalau korang dok ngan budak ni satu hari korang akan tau semua peragai dia . haha . geram geram . Ya Allah Hebat betul CiptaanMu.
Kalau nak pergi alamanda ngan mama dia mestilah tak dapat apa yang dia nak so dia nak kuar ngan syira . then nanti dia dapat lah mainan apa dia nak. Haha. Peragai .
Dah dapat duit sampai alamanda. Masuk kedai toys tuh je dah 1 jam sebab tak tau nak beli mainan ape sebab dah belambak mainan dia semua dari kedai tu. Rasanya dah boleh buka kedai toys pulak kat rumah ni . HAHA.
Dah dapat apa dia nak , belum keluar dari kedai toys dah mintak aiskrim baskin robbins -.-
So barang dia dah setel , syira pergi cari tudung , nampak je kedai tudung dia dah buat muka comel dia cakap "kak syira jita nak tudung" alahai peragai . comel geram betul syira dengan peragai dia. Dia dah dapat tudung , syira tengah sibuk pilih tudung dia nak chocotop pulak, engko nak kata ape dia dah buat muka sedih nak aiskrim lagi padahal aiskim robin dia tak habis lagi -.-
Haaa. Lupa pulak nak ambik gambo dia bertudung tadi. Alahai comel betul peragai.
Balik rumah dalam kereta makan aiskrim sambil tidur, korang bayangkan lah macam mana rupa dia bila tengah tidur pegang aiskrim then aiskrim tercucuk kat hidung.
Kesian jadinya , tak mampu nak kata apa apa hanya mampu lap dan gelakkan dalam hati je. Haha.
Dari siang sebelum dia ajak keluar dia cakap "kak syira jom p alamanda nanti malam mama nak p meeting jita janji nanti mama nak p meeting jita tak nangis tak jerit jerit"
Haaa . budak ni bebetul dia tunaikan janji dia then ni lah hasilnya bila dia ngan syira je kat rumah . penuh playdoh dan pelampung berbentuk ikan yang baru dia beli siang tadi .
#jelita dan #palydoh memang tak dapat di pisahkan.#2013 #sister #anakboss #edit #picture #cute #cantik#gambar #lol #love #cinta #comel #malaysia
Gambar yang kat bawah ni siang tadi punya cerita , tetiba ajak syira tak nak ajak mama n alang sebab kalau kak syira boleh mintak ape je dia nak . ALAMAK ! *ini seram tau*
#model taman permainan. Haha #jelita #2013 #edit#picture #gambar #anakboss #cinta #love #sister#cute #cantik
kejamkah sebuah cinta ?
Cinta .
Cinta itu puaka,
Dikejar menjauh, dibuang terus berdamping .
Cinta itu perit,
Bersama pahit selalu, berasing rindu menggila.
Cinta itu sial,
Terpetik khilaf bertimbun kata,
Baik dihitung budi bicara sebelum cerita nenek moyangku kau bangkitkan.
Cinta itu gila,
Segala gerak dihalang,
Tangan digari, kaki dipasung,
Kerna tidak percaya pada si kekasih.
Cinta itu sejati,
Jika ikhlas memberi,
Jika ikhlas menerima,
Jika tidak dicurangi,
Jika tidak kianati,
Untuk kekal abadi.
Thursday, 12 September 2013
Zaman Sekarang
Single
nak tau kenapa syira lebih senang single dari ber"couple" ?
sebab syira dah baca dari entry dalam blog yang syira jumpa .
"Single lebih baik dari couple yang belum berkahwin"
ini adalah dari beberapa keratan blog yang syira jumpa tapi lupa link blog tersebut .
ini yang syira nak kongsikan kat korang yang membaca
Percayalah. Itu caranya Allah ingin memelihara kita dari perkara-perkara yang tak sepatutnya bila bercouple. Jangan meminta dipercepatkan sesuatu keinginan, sebaliknya mintalah diberikan sesuatu yang baik untuk diri sendiri.
#Manusia belum tentu bahagia dengan apa yang disukainya. Tetapi sukalah apa yang Allah suka. Itulah jaminan bahagia berpanjangan.
Boleh tak kalau saya katakan pasangan couple yang sering keluar berdua-duaan, pasangan akan lebih berani untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya? Ada kemungkinan yang sangat besar. Ruginya bila hak sepatutnya menjadi milik suami/isteri kelak di berikan kepada lelaki/perempuan yang belum tentu adalah jodoh.
#Bersabarlah dan bergembiralah buat yang masih single. Diri yang tak di sentuh itu akan menjadi hadiah yang paling berharga buat pasangan jodoh nanti.
3. Tidak Membuang Masa
Adakah berbaloi masa yang ada di gunakan untuk risau, rindu, cemburu, kasih, dan bermanja kepada pasangan couple? Lagi-lagi yang jenis bermanis mulut semata-mata. Jangan bazirkan masa untuk orang yang tidak pasti akan menjadi pasangan hidup kita.
Harap tiada siapa yang akan menafikan. Bila dua hati mula berkongsi, bererti dah mula tanggung masalah untuk dua orang. Namun adakah berbaloi merasa beban rindu, risau, ambil berat dan menjadi sensitif terhadap couple? Yang kita sendiri tak tau bagaimana title dia kesudahan nanti?
5. Yakin, Jodoh Itu Ada
Orang yang bercouple lama selalu merasakan itulah jodoh mereka sejak mereka berkenal. Mereka terikat ketat antara masing-masing sebelum terikat secara halal. Tak ramai pasangan yang couple lama boleh bertahan sehingga melangkah ke gerbang perkahwinan. Maka, buat yang masih single tak perlu bersedih sebab Jodoh akan hadir bila tiba masa yang sesuai. Seperti apa yang Allah rancangkan.
Bergembiralah saat menjadi single. Kita mempunyai lebih banyak masa dan ruang untuk bercinta dengan Allah. Allah yang mengurniakan cinta kepada mana-mana pasangan di kalangan makhlukNya. Mohonlah cinta dari Allah. Semoga Allah kurniakan cinta dari kalangan yang mencintaiNya juga.
Anda hanya single. Bukannya bersendiri. Masih ramai insan tersayang di sekitar. Cuba sayangi diri sendiri. Perbaiki diri seluruh aspek. Bila hati penuh dengan sayang dan cinta, barulah kita boleh mencintai insan yang lebih berhak kelak ;)
Sebelum berkeluarga baru, ambillah masa ini untuk terus bersama ibu bapa dan adik-beradik terutamanya. Bila dah ada pasangan berkahwin kelak, belum tentu ada masa untuk bersama orang-orang yang telah membesarkan kita. Hargailah keluarga terutama ibu bapa selagi mereka masih ada. Jangan kelak tangisi tanda penyesalan mengabaikan mereka semasa hidup.
Siapa tak suka hadiah? Hadiah yang kita pinta pun buat kita tersenyum panjang bila dapat.
Apatah lagi bila dapat hadiah yang tak di sangka-sangka dan penuh kejutan. Berdoalah di kurniakan pasangan yang sebaiknya dan sesuai untuk diri kita.
#Allah lebih tau apa yang terbaik untuk kita. Percayalah pada ketentuan Pencipta kita adalah yang paling terbaik.
Mesti pernah dengar pasangan couple bila bercinta ibarat dunia ini mereka yang punya. Kehidupan hanya berkisar tentang mereka berdua. Sangat sempit dan sangat terbatas. Tetapi, di waktu single inilah baru kita dapat rasakan luasnya dunia. Luasnya nikmat Allah. Masih ramai lagi insan yang jauh lebih baik dari apa yang pernah kita jangkakan! ;)
#Berbaik sangkalah kepada Allah. Dia Maha Penyayang. Dia Sebaik-baik Pemberi Rezeki. Dia tidak pernah menzalimi atau menganiaya. Jangan berhenti berharap!
Ya, loving couple akan saling mengambil berat antara satu sama lain. Kadang-kadang terpaksa berfikir siang dan malam untuk sama-sama menyelesaikan masalah. Kalau betul sama-sama berfikir itu boleh di terima lagi. Seandainya sebelah pihak sahaja yang berusaha lebih, bagaimana? Berbaloikah untuk kita lakukan demi pasangan tidak halal itu?
#Percepatkanlah urusan pernikahan, supaya kita tidak membuang masa untuk orang yang tak sepatutnya.
Sebelum betul-betul berdua, bertanggungjawab kepada diri sendiri adalah perlu. Bila mampu bertanggungjawab untuk diri sendiri, insyaAllah, kita akan mampu bertanggungjawab kepada pasangan kelak.
#Bergembiralah sementara belajar untuk bertanggungjawab. Semoga kelak kita lebih gembira kerana mampu bertanggungjawab ke atas pasangan nanti.
Di samping kita berusaha perbaiki diri dan berdoa di kurniakan pasangan hidup yang baik, hargailah setiap apa yang kita miliki saat ini. Masih belum miliki pasangan bukanlah syarat untuk kita bersedih.
Kerana perhatikanlah kehidupan yang ada ketika single sekarang. Berkemungkinan kita tidak akan memperolehinya lagi setelah mula berdua.
Sabar itu kan terasa nikmatnya, apabila apa yang kita harapkan dari Allah itu termakbul.
Jadi, percayalah pada aturan Allah yang tiada tolok banding hebatnya dan terbaik untuk kita!
Fikirkanlah apa matlamat hubungan yang di bina. Perlengkapkanlah keperluan diri dan hidup ini sementara masih single. Tambahkan ilmu, kewangan, pengetahuan agama, dan seluruh aspek kehidupan ketika ini. Semoga kehidupan berdua kelak akan lebih terjamin, berbanding couple yang hanya tau mengungkap rasa cinta.
16. Sayang Diri Sendiri
Ada sebahagiannya begitu taksub terhadap pasangan cinta. Sehingga hati sendiri sering termakan hati kerana jauh berbeza dari tanggapan pertama sewaktu awal-awal bercouple. Teman-teman yang masih single, sesungguhnya terasa hati sebegitu lebih menyakitkan berbanding bila bersendiri.
Bila bercinta tidak halal, kita selalu dibutakan oleh suara-suara yang menutup hati dari melihat banyak keburukan yang ada. Jadi, bergembiralah ketika single kerana tidak perlu mendera hati kerana orang lain :)
Ia adalah nafsu bila rasa terdesak inginkan sesuatu tanpa menghiraukan risiko apabila memilikinya kelak.
Dan itu adalah dari hati bila mengharapkan sesuatu tidak kira apa sahaja, asalkan terbaik untuk diri.
#Bagaimana untuk ketahui apa yang terbaik untuk diri? Berdoalah dan pohonlah dari Allah.
"Kami couple bukan serius pun. Biasa-biasa je. Ada jodoh, adalah. Kalau tak ada nak buat macam mana?" Ini ungkapan lepas tangan namanya. Mengambil kesempatan untuk berseronok dengan pasangan tidak halal. Dalam masa yang sama tiada matlamat yang baik untuk hubungan. Jadi, bukankah yang masih single perlu bergembira? Kerana tidak perlu terperangkap dalam cinta nafsu semata-mata. Sabarlah menanti doa di makbulkan Allah.
#Rajin-rajinkanlah berdoa. Hati akan menjadi lebih tenang dan redha. Kerana kita tau ada Tuhan Maha Kuasa, Maha Memelihara dan Maha Melindungi kita dari sebarang bentuk penipuan dan penganiayaan.
Antara keburukan couple sebelum kahwin:
#Ramai juga yang sudah mula berasa boring bercinta, biarpun masih belum bernikah. Sebab itu berlakunya kerap bertukar-tukar pasangan. Maukah kita dengan pasangan yang memperlakukan kita ibarat bertukar-tukar pakaian? Sebab itu pada yang single perlu gembira jika tidak bercouple. Sabarlah menanti jodoh yang sesuai untuk kita suatu masa nanti.
20. Special Edition Single
Gembiralah buat yang masih single. Kerana masih terjaga elok dari palitan cinta yang berkemungkinan hanyalah cinta palsu. Jagalah diri untuk mendapat yang pasangan yang special edition untuk kita- bakal suami/isteri. Kerana di situlah kita tahu bahawa kita juga adalah special edition~!
Akhir kata bergembiralah dengan title single berbanding couple sebelum nikah.
Wednesday, 11 September 2013
Berdating Sebentar
Selamat je masuk dalam Times Square syira pergi jumpa budak dua orang ni ,
berwayang bersama . kihkihkih.
Penat jugak lah sebenarnya bersotset dengan mereka tapi rindu punya pasal , syira tak kesah :) huhu..
Kami tengok cerita ini okay >.<
Then muka semua kononnya berani nak tengok cerita hantu , dah masuk panggung cerita start je tya ngan eqa dah tutup muka dulu sorang tutup dengan selendang sorang guna beg. Syira pulak muka konon cool je masa start siap gelakkan patung tuh. Sekali dah tengah scene tuh syira sorang je jerit . Haaa hambik kau tutup muka sendiri . K malu. Dari scene tengah haa tutup muka n mata guna tangan tak cukup tangan guna handphone. Hahaha. Hambik kau .HAHAHA *gelakkan diri sendiri* Sampai ada 1 scene tu syira bagi tau eqa syira nak balik awal . kahkahkah mana taknya tengok wayang memalam then balik sensorang korang fikir lah macam mana seram punya cerita ini . HAHA
Habis tengok wayang syira kena balik awal sebab boss nak keluar. Sobs sobs >.<
Kecoh !
Hey . saudara saudari . nak cerita sikit pasal baru baru ni , pada 3 september tak silaplah . perdana menteri malaysia kita sekarang telah mengistiharkan pasal harga minyak naik lagi sebanyak 20 sen . Tahun ini saja dah kali yang ke 3 beliau isytiharkan harga minyak ini .
Ramai yang tak berpuas hati dengan harga minyak naik terlalu tinggi dan ramai yang update twitter facebook mengeluarkan kata kata yang tak sepatutnya di wall masing masing , kita sepatutnya terima saja , tidak sepatutnya mengeluarkan kata kata seperti itu.
Ia syira tahu apa maksud korang mengeluarkan kata kata seperti itu . Syira sendiri pon sebenarnya tidak berpuas hati dengan harga minyak sekarang ini . Bila harga minyak semua barang keperluan rakyat akan meningkat . Hmm :/
Apa yang penting sekarang ini , kita perlu sedar dan faham bahawa kerajaan telah mengambil keputusan untuk merasionalkan subsidi , agar jumlah hutang negara tidak semakin menggunung. Maka , ini adalah serpihan kesan yang kita perlu terima secara suka rela atau tidak , demi memastikan di masa akan datang anak cucu cicit kita tidak lebih menderita. Sekian .
Wednesday, 31 July 2013
Syukur .
Demam semalam dah hilang . Nasib ada pakcik tolong picitkan kepala dan bagi makan ubat .
Syira ni kalau demam memang kena ada orang kat sebelah and tolong picitkan kepala . Sebenarnya syira paling manja dengan pakcik . lagi lagi lepas arwah mak tak ada lagi rapat dengan dia. hmm :/
Semalam dapat jugak puasa penuh, walaupun sebenarnya dah tak larat tapi kuatkan juga lah sebab lagi 1 jam je nak berbuka so lepas je berbuka tu terus makan nasi sikit minum 3 4 cawan air teh suam dan makan ubat. Letak kain basah atas kepala dan Alhamdulillah demam cepat hilang.
Dah dekat tengah malam tu lah baru balik semula rumah yang syira duduk sekarang ni . huhu.
Dulu kalau syira demam arwah mak yang paling risau sebab kalau dah demam badan ni cepat kejang dan kekadang boleh pengsan sampai masuk hospital, and arwah lah yang selalu berada disamping syira sampai tak dia kata dia tidur ayam sebab takut syira pengsan. hmmm :/
Tapi sekarang arwah dah tak ada so syira pon dah besar dah tau cara cara nak hilang kan demam ni sendiri .
Terima kasih MAK. MISS YOU SO MUCH ! AL - FATIHAH.
Tuesday, 30 July 2013
Dugaan bulan puasa
Wednesday, 24 July 2013
Ketupat
Hai ! semua . tadi syira singgah jup blog Abang Ben . Korang kenal tak siapa dia tu ?
Abang Ben tu dia seorang blogger yang terkenal dengan menceritakan pasal anak dia yang comel tuh . huhu.
Sebenarnya syira nampak tajuk dia pasal ketupat . Hoooooo ! Raya nak sampai ! cepat betul masa berlalu pergi . Sekarang pon dah Ramadhan ke 15 dah , tinggal 15 hari lagi nak puasa dan nak Raya .
Dan tadi baru syira terfikir tahun ni sapa nak anyamkan ketupat ? sebab tahun sebelum ni pun arwah mak yang anyamkan . syira boleh buat tapi step nak buat tuh selalu mak tunjuk dulu baru syira buat . huarrrghhh ! sangat terasa kehilangan tahun ni , sebab banyak perkara mak yang sediakan . tsk tsk tsk
Nampaknya tahun ni nak buat ketupat kena bukak YOUTUBE dulu lah gamaknyaaaa :/
Dia
Mengenali dia sejak tahun 2010. Sem ke dua syira belajar di #PSIS a k a Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor . Dia ni boleh dikatakan junior syira kat poli tapi junior junior pon kami sebaya . huhu .
Macam mana kami boleh rapat ? entah lah sejak entah bila masa pon tak sedar bila kami mula rapat . huhu . Dia ni pon jenis peramah orang nya . Sampai sekarang pon kami still berhubung :)
Dan kini kami dah Graduate bersama . TAHNIAH !
Muka super gedik
bosan menunggu waktu nak raptai masa konvo hari tu .
so hari ni edit sebab bosan juga . so jadi lah macam ni pic super gedik by syira . HAHA
rindu
tetiba minggu lepas punya cerita ada sorang member dia post gambar ni kat dalam group kelas kat #Facebook . Dan jari ni cecepat screengrab kan dan post kat #instagram dan #Twitter langsung ke wall #Facebook sendiri . hehehe .
lalu otak dan jari mula lah mengukir ayat ni .
dan syira hanya mampu tersenyum dan post ayat ni ,